ummusya

Sabtu, 3 Julai 2010

hari jadi ahli lajnah


happy belated birthday haris
seperti biasa, acara potong kek dibuat setelah selesai lajnah. acara makan dah selesai, tiba masa nak potong kek, cari2 bday boy tak ada. tadi ada ia datang sekejap lajnah, lepas tu, sibuk tia ada urusan di bawah. tunggu punya tunggu dia tak muncul2. ahli lajnah yang lain titik2 sudah air liur kan makan kek ani, hahaha..... aku pun call handphonenya tapi inda ia menjawab. hj azmi lagi mencuba call kedia, inda jua ia menjawab. apa pasal ah? sayang jua kek ani inda dimakan. kalau alum bday boy potong, alum dapat dimakan ni. hj azmi cuba try test sekali lagi call haris, baik jua bejawab kali ani. rupa2nya haris mengimam sembahyang asar di masjid omar ali saifuddin... ada imam yang inda belaku mengimam, paksa diganti oleh haris. patutlah inda menjawab hp. alhamdulillah, sampai jua bepotong kek ani.

kali ani ummusya hadiahkan kek coklat kukus buat haris, keknya lembap(moist), dorang fikir kek mata kucing. dan di sini ummusya kongsikan resipinya, selamat mencuba.


KEK COKLAT KUKUS
(sumber: sweetlilly's kitchen)
Bahan-bahan:
250gm butter
300gm gula kaster
4 biji telur
250gm tepung
1/2 camt soda bikarbonat
1 camt baking powder
50gm serbuk koko **
1 camt nescafe **
1 cawan air suam **

Cara membuatnya: - panaskan kukusan. gris loyang ngan butter. Ketepikan
- satukan bahan yang bertanda **. gaul hingga larut - satukan tepung, soda dan baking. kalau rajin ayak ler..
- pukul butter dan gula hingga kembang. masuk telur sebiji demi sebiji.
- masuk tepung berselang seli ngan serbuk koko yang dilarutkan tadi.
- putar hingga sebati. tuang adunan dalam loyang.
- tutup ngan aluminium foil.
- kukus menggunakan api sederhana selama lebihkurang 1 jam atau hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan