ummusya

Jumaat, 28 Oktober 2011

JANGAN TERIKUT-IKUT PERAYAAN BUKAN ISLAM

Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah,
MARILAH kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi mukmin yang sejati dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Yarabal Alamin.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Akidah adalah perkara yang sangat penting yang wajib dipelihara dan dijaga dengan sebaik-baiknya oleh semua umat Islam. Sebagai umat Islam kita hendaklah berhati-hati dan berwaspada agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang merosakkan akidah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Oleh itu, untuk memelihara dan menjaga supaya akidah kita sentiasa berada di atas landasan yang betul maka janganlah kita terikut-ikut dengan budaya orang bukan Islam dengan meraikan sesuatu perayaan dan sambutan yang bukan dari budaya dan amalan Islam seperti Valentine's Day, Mother's Day dan Father's Day.

Masyarakat kita biasanya mudah terikut-ikut merayakan hari-hari tertentu tanpa menyelidiki asal usul perayaan itu diadakan dan adakah ia diharuskan oleh syarak atau tidak. Sambutan Valentine's Day, atau hari kekasih umpamanya adalah berasal dari kisah seorang paderi yang bernama Valentine yang giat menyebarkan agama keristian diRome ketika pemerintahan raja Rome Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang keristian termasuklah Valentine kerana beliau seorang penyebar agama keristian.

Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama keristian tersebut dikalangan banduan-banduan penjara disamping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara serta sanggup berkorban dan mati demi kasih sayang terhadap agama keristian dan penganut-penganutnya. Kegiatan ini telah diketahui oleh raja Rome menyebabkan dia diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Bagi penganut keristian, Valentine adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Maka itulah punca orang-orang keristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Manakala Mother's Day atau Hari Ibu telah dikenal pasti sebagai perayaan musim bunga bangsa lain sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 Masihi mereka merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday" yang dirayakan pada hari ahad keempat setiap tempoh masa selama empat puluh hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang keristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary iaitu Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihi Salam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek Hari Ibu pempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular keseluruh dunia dan kini disebut sebagai penghormatan kepada Mother's Church. Sejak dari itu, perayaan "Mothering Sunday" telah digabung dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Pada tahun 1907 pula, Anna Jarvis telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau talah berjaya mempengaruhi Mother's Church disebuah gereja agar meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari ahad minggu kedua dalam bulan Mei.

Begitu juga halnya dengan perayaan Father's Day atau Hari Bapa, perayaan ini pertama kalinya diadakan disebuah gereja ditujukan untuk memperingati 361 ( tiga ratus enam puluh satu ) orang lelaki telah meninggal dalam sebuah peristiwa ledakan hebat yang sebahagian besar adalah imigran yang terdiri dari kaum bapa.

Idea Hari Bapa mula timbul dari seorang anak bernama Sonora Smart. Beliau melihat begitu besar pengorbanan dan susah payah bapanya dalam membesarkan adik beradiknya setelah kematian ibunya. Justru itu, beliau sendiri berfikir mengapa tidak diadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa seorang bapa.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Berdasarkan penerangan tadi, adalah jelas menunjukkan bahawa sambutan Hari Kekasih, Hari Ibu dan Hari Bapa bukanlah perayaan bagi orang-orang Islam. Oleh yang demikian, orang-orang Islam tidak boleh turut sama menyambut dan merayakannya kerana yang demikian itu dikhuatiri akan membawa Tashabuh (penyerupaan) terhadap mereka yang bukan beragama Islam samada didalam budaya, tujuan dan akidah mereka. Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam bersabda:

Maksudnya:
"Dari Ibnu Umar Radiallahu Anha ia berkata, telah bersabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia dianggap salah seorang dari kalangan mereka." ( Riwayat Al-Imam Abu Daud )

Muslimin yang dirahmati Allah,
Sememangnya agama Islam mewajibkan umatnya berbuat baik kepada kedua ibubapa tanpa terhad pada waktu tertentu sahaja. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Isra' Ayat? 23-24, tafsirnya:

"Dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan mu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menegking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana balas kasihan dan kasih sayang mu, dan doakanlah untuk mereka, dengan berkata: "wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik ku semasa kecil."

Muslimin yang dirahmati Allah,
Perlu diingat bukan semua budaya itu baik untuk diikuti. Oleh itu, ia memerlukan penilaian dengan sukat-sukat yang betul. Bagi kita orang Islam setentunya sukat-sukat kita ialah hukum Islam, mak jangan dijadikan diri kita perosak agama sendiri dan menyanjung agama lain pula.

Sesungguhnya agama Islam itu adalah agama yang tinggi dan mulia. Terdapat dikalangan umat Islam tidak menyedari hakikat ini sehingga terikut-ikut dengan budaya dan cara hidup masyarakat asing dengan beralasan mengikut peredaran zaman tanpa memperdulikan budaya tersebut bertentangan dengan lunas-lunas ajaran Islam. Oleh itu jauhilah diri kita dari terikut-ikut dan terpengaruh dengan budaya asing yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Akhirnya, marilah kita muhasabah diri dengan meningkatkan keimanan iaitu dengan melakukan segala perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan rasulnya serta meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan dengan demikian kita semua terhindar dan terselamat dari kemurkaan dan segala bala bencana. Amin Yarabala Alamin.

Surah Al-Baqarah Ayat 120, tafsirnya:

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha(setuju dan suka) kepada mu wahai Nabi Muhammad sehingga engkau mengikut agama mereka. Katakanlah kepada mereka: "Sesungguhnya hidayah petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan sesungguhnya jika engkau mengikut kemahuan mereka setelah datangnya wahyu yang memberi pengetahuan kepada mu mengenai kebenaran, Allah tidak lagi akan menjadi pelindung dan penolong bagimu."

Rabu, 26 Oktober 2011

TIPS MENGEMPISKAN PERUT


Halia dimamar2, masukkn ke dlm air suam, masukkn hirisan dn perahan lemon dn gula. Amalkn minum setiap hari.
*sumber: tukang urut di Az Spa & Saloon*

Selasa, 25 Oktober 2011

BAHULU

percubaan pertama membuat bahulu, alhamdulillah... saksessss
apa yang membuat aku kuat semangat untuk membuat bahulu kerana anak2 sangat suka makan bahulu, nasib baik menjadi, baru pun masak sudah kana tungap semangkuk, hahaaa.. senang rasa hati bila apa yang kita masak dapat sambutan.



bahan2:
1 kilo tepung gandum
1 kilo gula
10 biji telur
sedikit minyak masak
acuan

cara2nya:
pukul gula + telur hingga kembang. Masukkan tepung gandum, gaul hingga sebati. Jika hendak bikin bahulu lembut, masukkn air sebanyak telur, jika hdk bikin jenis keras, tdk perlu masukkan air. Titikkn 2 titik minyak pd acuan bahulu, masukkn adunan ke dlm acuan. Bakar dlm oven dgn 160 d.s selama 10 mnt, atau ikut keadaan oven masing2.

Selasa, 11 Oktober 2011

CUCUR BAYAM


bhn2: tepung gandum, air, lada kisar, sebuk kunyit, garam, bwg besar dicincang halus, bayam dipotong sederhana kecil.
Satukn semua bhn, gaul rata. Cucur dlm minyak yg bnyk dn panas.
Emmm... Sedaaaap... Wa ckp lu!

Khamis, 6 Oktober 2011

CRISPY BUTTERMILK CHICKEN - 2ND EDITION


Adapun kenapa diberi nama 2nd edition adalah kerana sebelum ni sudah pernah dikongsikan resipi crispy butter chicken tapi ayamnya tidak ada tulang (dada ayam dipotong kecil dan nipis). edisi kedua ini pula menggunakan ayam yang ada tulang.
okey, caranya sungguh mudah dan ringkas, begini....

ayam seekor dpotong sdrhana kecil, gaul dgn grm, panaskn minyak utk mgoreng, sbelum mgoreng, gaul ayam dlm tepung gandum, goreng hingga msk dn garing.

Dlm kuali yg lain, panaskn 3 sudu butter, tumis bwg besar yg dicincang halus, masukkan lada padi atau lada thailand yg dhiris halus dn segenggam daun kari, masukkn setengah tin susu cair dn garam, masukkn sedikit tepung jagung jika suka pekat, boleh jua tidak guna tepung jagung. Gaul ayam goreng dlm kuah tadi. siap... selamat mencuba.