cara membuat;
Beli pizza base d supermarket.
sapu sos tomato di atas pizza base.
sapu tuna mayonis yg dlm tin atau apa2 saja topping yg disukai.
tabur cheese.
bakar dlm oven hingga masak.
Rabu, 6 Mac 2013
Selasa, 5 Mac 2013
PROJEK LARUT MALAM
bermula dari disember 2012, setiap malam ada sahaja projek yang mesti dilaksanakan. bermula dengan peraduan menulis cerpen, rencana, skrip drama radio, buku cerita kanak-kanak bergambar (anjuran Pusat Da'wah Islamiah). mudah-mudahan akan mendapat kejayaan, paling kurang pun hadiah saguhati sajalah, berbaloi juga rasanya berjaga hingga larut malam.
Awal 2013, sambung lagi dengan projek menulis esei sempena hari arkib anjuran Jabatan Arkib Negara. bila membaca syarat-syarat peraduan, wow! para peserta dibolehkan menyertai lebih dari 1 esei - maka timbullah perasaan tamak di dalam hati ini, ahaaaai! hari2 yang tinggal sebelum tarikh tutup pun dibilang dan dicongak, rasanya cukup untuk membuat 5 buah esei. yaaa itulah target awal - 5 esei. alhamdulillah 2 atau 3 malam telah berjaya menghasilkan 1 esei. maka target pun tercapai - hamba berjaya menyiapkan 5 esei dalam masa 2 minggu, syukru lillah....
selesai projek esei, tiba2 datang pula tempahan kek bertalu2, macam tau2 saja hamba dah ada masa lapang. rezeki jangan ditolak, hehee... projek bikin kek yang sudah masuk list: kek marble peanut butter 3 biji, kek cheese 2 biji, kek chocolate moist 3 biji. kek marble sudah selesai, kek cheese - separuh jalan. so... malam nanti dan malam2 seterusnya, projek larut malam akan diteruskan. uwaaaa betapa rindunya nak baca novel. belum ada peluanglah nampaknya untuk merobek balutan plastik novel2 itu.
dalam fikiran, ada 2 lagi peraduan yang ingin disertai, hmmm mudahan teungkayah, aamiiin
Awal 2013, sambung lagi dengan projek menulis esei sempena hari arkib anjuran Jabatan Arkib Negara. bila membaca syarat-syarat peraduan, wow! para peserta dibolehkan menyertai lebih dari 1 esei - maka timbullah perasaan tamak di dalam hati ini, ahaaaai! hari2 yang tinggal sebelum tarikh tutup pun dibilang dan dicongak, rasanya cukup untuk membuat 5 buah esei. yaaa itulah target awal - 5 esei. alhamdulillah 2 atau 3 malam telah berjaya menghasilkan 1 esei. maka target pun tercapai - hamba berjaya menyiapkan 5 esei dalam masa 2 minggu, syukru lillah....
selesai projek esei, tiba2 datang pula tempahan kek bertalu2, macam tau2 saja hamba dah ada masa lapang. rezeki jangan ditolak, hehee... projek bikin kek yang sudah masuk list: kek marble peanut butter 3 biji, kek cheese 2 biji, kek chocolate moist 3 biji. kek marble sudah selesai, kek cheese - separuh jalan. so... malam nanti dan malam2 seterusnya, projek larut malam akan diteruskan. uwaaaa betapa rindunya nak baca novel. belum ada peluanglah nampaknya untuk merobek balutan plastik novel2 itu.
dalam fikiran, ada 2 lagi peraduan yang ingin disertai, hmmm mudahan teungkayah, aamiiin
sambil melukis sambil tengok drama nora elena d lappy
Bermain warna dgn kek marble peanut butter
Jumaat, 1 Mac 2013
SAYUR ALA CARBONARA
cara memasak;
Panaskan butter, cheese.
Masukkan cendawan dlm tin yg dihiris nipis.
Masukkan sos lada hitam, susu segar.
Akhir sekali masukkan brokoli dn garam.
Rabu, 20 Februari 2013
SEMANGAT PATRIOTISME
Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah,
MARILAH
kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan
penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya, dan
meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang
bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Alhmdulilah,
pada tahun ini negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 29 tahun.
Selaku rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, kita hendaklah
memiliki semangat patriotisma. Patriotisma adalah perasaan cinta yang
kuat terhadap tanah air. Seseorang yang memiliki semangat patriotisma
sebenarnya mendukung nilai-nilai kesetiaan bagi mempertahankan dan
memelihara suatu hak yang dipunyai dan yang dimilikinya, dan
termasuklah hak keatas tanah air yang diwarisinya.
Bagi
memperteguhkan negara sememangnya berkehendak kepada berbagai-bagai
sumbangan dari berbagai-bagai sudut dan jurusan, umpamanya taat kepada
perintah Allah Subhanahu Wataala dan RasulNya, bertaqwa, berusaha
mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara serta keharmonian hidup
bermasyarakat, mempertahankan dan memelihara hak kepunyaan,
meningkatkan ekonomi, bijaksana dalam perundingan dan diplomasi,
berilmu dan berkemahiran, menerima takdir Allah dengan tidak
mengurangkan keteguhan akidah, amanah dalam menjalankan tanggungjawab
dan sebagainya.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Patriotisma
juga dapat diertikan suatu nilai kesetiaan bagi mempertahankan dan
memelihara sesuatu hak kepunyaan. Antara contohnya sebagaimana yang
diceritakan dalam sirah, apabila tentera yang diketuai oleh Abrahah
dari negeri Yaman berhasrat ingin meruntuhkan kaabah, sebagaimana
firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Fiil ayat 1-5, tafsirnya:
"Tidakkah
engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan
tentera yang dipimpin oleh pembawa gajah, yang hendak meruntuhkan
kaabah? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam
keadaan yang merugi dan memusnahkan mereka? Dan Ia telah menghantarkan
kepada mereka rombongan burung berpasuk-pasuk yang melontar mereka
dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras. Lalu ia
menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan
ulat".
Dalam
kisah tersebut, tentera yang diketuai oleh Abrahah telah merampas
ternakan penduduk Mekah, sebelum mereka bergerak untuk melakukan kerja
meruntuhkan kaabah itu, Abrahah telah memanggil ketua-ketua Quraish dan
berkata: "Kami datang bukan untuk berperang, tetapi datang untuk
meruntuhkan kaabah". Ketua kaum Quraish, Abdul Mutalib, iaitu datok
kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab, "Kami tidak
mahu berperang".
Sebenarnya
mereka tidak berdaya untuk melawan dan menentang tentera Abrahah yang
gagah dan mempunyai kekuatan yang hebat. Abdul Mutalib berkata lagi:
"Tuan-tuan telah merampas harta benda penduduk Mekah termasuk dua ratus
ekor unta kepunyaan saya, binatang itu kepunyaan saya. "Abrahah yang
sebelumnya cukup memuliakan dan menghormati Abdul Mutalib menjadi
hairan kenapa orang ini tidak mempertahankan kaabah, tetapi sebaliknya
meminta dikembalikan dua ratus ekor untanya yang dirampas. Kemudian
Abdul Mutalib berkata: "Unta itu hak saya, kepunyaan saya, jadi saya
bertanggungjawab mempertahankannya. Adapun kaabah itu ada pemiliknya,
pemilik itulah yang akan mempertahankannya, tanpa perlu kami masuk
campur".
Dari
kisah tersebut, kita dapat melihat semangat patriotisma yang
ditunjukkan oleh Abdul Mutalib dalam mempertahankan hartanya.
Sesungguhnya tanahair adalah harta yang amat bernilai. Negara Brunei
Darussalam adalah kepunyaan kita, milik kita dan adalah menjadi
kewajipan kita untuk mempertahankan dan memeliharanya.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Sewaktu pemahsyuran kemerdekaan negara kita pada malam 1 Januari 1984, suara takbir "Allahu Akbar"
sebanyak tiga kali telah dikumandangkan dibawah pimpinan Al-Marhum Duli
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Sir Muda Haji Omar Ali
Saifuddien Saadul Khairi Waddien. Kalimah takbir tersebut bermaksud "Allah Yang Maha Besar" dengan segala sifatnya ayng sempurna. Sesungguhnya takbir "Allahu Akbar"
yang dilaungkan tiga kali dimalam kemerdekaan yang bersejarah itu
mempunyai contoh sandaran sejarah yang dilalui oleh Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam.
Kalimah takbir "Allahu Akbar"
pernah dikumandangkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
sebanyak tiga kali iaitu semasa umat Islam menggali parit yang
kira-kira lebarnya sehingga kuda tidak boleh menyeberang ketika membuat
persediaan menghadapi perang Khandak. Strategi perang ini diusulkan
oleh Salman Al-Farisi, sahabat yang berasal dari Parsi (Iran),
berdasarkan pengalaman negara Parsi dalam peperangan. Para sahabat
menjumpai seketul batu besar yang pejal, mereka tidak berdaya
memecahkannya. Perkara itu disampaikan kepada Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam, lalu baginda mencapai cangkul dan turun ketempat
berkenaan. Baginda mengucapkan : "Bismillah" dan kemudian mengcangkul batu tersebut, sesudah itu baginda melaungkan takbir "Allahu Akbar".
Sebahagian batu itu pecah berkeping-keping menjadi pasir. Baginda
menyatakan bahawa Allah telah memberikan kepada baginda kunci-kunci
Syam, dan baginda telah diperlihatkan istana-istana Syam yang bercat
merah. Baginda mencangkul kali kedua, sesudah itu baginda melaungkan
takbir "Allahu Akbar", kemudian baginda menyatakan
bahawa Allah memberikan kepada baginda tanah Parsi, dan baginda telah
diperlihatkan istana Madain yang bercat putih. Baginda mencangkul kali
ketiga, kemudian diikuti dengan takbir "Allahu Akbar",
maka habis hancurlah batu tersebut. Kemudian baginda menyatakan bahawa
Allah Memberikan kepada baginda kunci-kunci Yaman, dan baginda telah
diperlihatkan pintu-pintu gerbang Sona'.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Di
negara kita banyak contoh patriotisma yang tercatat dalam sejarah
Brunei. Antaranya ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang
berjaya mengembalikan kedaulatan Negara Brunei Darussalam sepenuhnya
sehingga Negara Brunei Darussalam menikmati kemerdekaannya pada 1
Januari 1984 dengan mendukung falsafah "Melayu Islam Beraja".
Maka
sebagai menunjukkan semangat patriotisma, marilah kita mengibarkan
bendera sebagai tanda membesarkan dan memeriahkan sambutan Hari
Kebangsaan yang ke-29 tahun ini.
Bendera
merupakan lambang dan simbol negara, maka sebagai rakyat seharusnya
menghormati bendera kita sebagai salah satu tanda cinta kita kepada
negara. Contohnya pada setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, maka akan
diadakan upacara menaikkan bendera besar di Bandar Seri Begawan, begitu
juga disekolah-sekolah diadakan upacara menaikkan bendera bagi membakar
semangat patriotik dan semangat kenegeraan.
Pelu
diingatkan kepada orang awam agar bendera yang dikibarkan itu hendaklah
dijaga kesempurnaannya, jangan sampai bendera tersebut ada yang koyak
dan pudar warnanya. Janganlah camah mata jika ternampak bendera negara
yang tercicir, bendera tersebut hendaklah diselamatkan, jangan
dibiarkan martabat bendera itu tercemar.
Muslimin yang diramati Allah,
Mudah-mudahan
dalam masa menyambut dan merayakan Hari Kebangsaan tahun ini dan
tahun-tahun berikutnya akan sentiasa bersemangat untuk mengisi dan
menyempurnakan sambutan kemerdekaan itu dengan bijak. Kemerdekaan yang
telah dicapai ini hendaklah dinikmati dengan penuh kesyukuran dan
diwariskan dengan tetap utuh sebagaimana ia dimahsyurkan bahawa ia akan
selamanya kekal sebagai negara Melayu Islam Beraja yang merdeka,
berdaulat dan demokratik dengan berdendikan ajaran agama Islam menurut
Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Sama-samalah
kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala sentiasa melindungi negara
kita dari sebarang bala bencana melimpahkan serta mengurniakan rahmat
dan kemakmuran yang berkekalan kepada negara yang kita cintai ini. Amin
Yarrabal Alamin.
Surah Al-Ahzab ayat 41-43, tafsirnya:
"Wahai
orang-orang yang beriman, untuk bersyukur kepada Allah ingatlah serta
sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sambutan yang
sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan
petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikatNya pula
berdoa bagi kamu untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan
maksiat) kepada cahaya yang terang benderang (iman dan taat) dan adalah
ia sentiasa melimpah-limpah rahmatnya kepada orang-orang yang beriman
di dunia dan di akhirat".
Jumaat, 15 Februari 2013
Biskut Kristal
Bahan2;
150g tepung gandum
60g gula
60g minyak sapi
Pewarna
Cara2;
Satukan tepung, gula dan minyak sapi dalam mangkuk dan uli hingga sebati. Bubuh pewarna yg disukai dan uli lagi hingga sebati. Bentukkn adunan mengikut bentuk yg disukai. Bakar dlm oven dgn kepanasan 170 ds selama 30 minit atau hingga masak. Setelah masak dan sejuk, gaul dgn gula ( tak digaul dgn gula pun boleh juga)
150g tepung gandum
60g gula
60g minyak sapi
Pewarna
Cara2;
Jumaat, 8 Februari 2013
BAHAYA FAHAMAN ISLAM LIBERAL
Wahai kaum muslimin yang
dirahmati Allah, MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya, dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat didunia dan selamat diakhirat. Alhamdulilah, kita bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana telah menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Islam yang sentiasa berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunah mengikut pahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak sekian lama. Sungguh pun demikian, negara kita juga tidak terlepas dari ancaman-ancaman penyelewengan akidah dan pemikiran sesat yang dibawa oleh musuh-musuh Islam yang bertujuan untuk menyesatkan dan memecah-belahkan umat Islam serta mencemarkan kesucian dan keharmonian agama Islam. Baru-baru ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah meningatkan kita bahaya kefahaman atau pemikiran yang berbau Islam tetapi ianya bukan Islam seperti Islam liberal, pluralisma agama dan lain-lain. Umat Islam dinegara ini diingatkan supaya tidak terbawa-bawa untuk menceduk sebarang kefahaman atau pemikiran yang menyalahi akidah yang telah dipegang selama ini. Perlu diketahui bahawa Islam liberal adalah salah satu bentuk pemikiran yang berasal dari berat. Ia bertujuan untuk meruntuhkan sendi-sendi kefahaman agama Islam. Mereka yang terpengaruh dengan modal pemikiran seperti ini telah berani melanggar perkara-perkara asasi dan prinsip dalam ajaran Islam. Mereka yang berfahaman Islam liberal menganggap kitab suci Al-Quran hanya sebagai buku rujukan sejarah yang perlu dikritik, baik dari sudut kesahihan ayat-ayatnya dan juga pentafsirannya. Hukum hakam yang dihasilkan oleh agama Islam atau fuqaha, seperti Abu Hanifah, Malik bin Anas, Imam Syafie dan lain-lain dianggap sudah ketinggalan zaman. Mereka tidak mempercayai hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kerana mereka menganggap bahawa hadis-hadis Nabi itu bercampur-baur dengan hadis-hadis yang dipalsukan. Mereka yang berfahaman Islam liberal sememangnya tidak pernah berhenti berusaha untuk memadamkan cahaya agama Islam, tetapi Allah Subhanahu Wataala tetap akan memelihara agama Islam walaupun mereka membencinya. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 32, tafsirnya: "Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan perkataan-perkataan yang mereka ucapkan dengan mulut mereka tetapi Allah menolaknya bahkan menyempurnakan cahaya agamanya itu walaupun orang-orang kafir tidak menyukai". Ulama tafsir menjelaskan bahawa maksud "cahaya Allah" ialah hidayah dan agama yang dibawa oleh Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu agama Islam. Maksud dengan perkataan-perkataan yang mereka ucapkan" yakni usaha mereka itu diumpamakan seperti hendak memadamkan cahaya matahari atau bulan dengan cara meniupnya. Mereka tidak akan pernah berjaya dan tidak mungkin menemui jalan untuk itu. Demikianlah, agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam setentunya telah sempurna dan akan terpelihara sepanjang zaman. Istilah "Islam Liberal" banyak digunakan oleh penulis-penulis barat mahupun orang-orang Islam yang terkesan dengan pemikiran-pemikiran mereka. Misalnya Leonald Binder menggunakan istilah "Islamic Liberalism" dan Charles Kurzman memakai istilah "Liberal Islam". Mereka menggunakan istilah itu untuk menjelaskan bahawa agama Islam itu sama dengan agama-agama lain, ia bebas ditafsirkan mengikut perkembangan masyarakatnya. Mereka Apa yang lebih dahsyat lagi, mereka telah menyebarkan fahaman sesat tersebut, iaitu semua agama didunia ini adalah sama dan semuanya adalah benar. Setiap orang adalah bebas untuk memilih agama yang disukainya dan boleh bertukar agama bila-bila masa, kerana ia adalah hak asasi manusia. Kefahaman sesat ini mereka labelkan sebagai "pluralisme agama". Perkara ini jelas bercanggah dengan firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Imran ayat 85, tafsirnya: "Dan sesiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah akan diterima itu daripadanya dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi". Kefahaman ini sangat dikhuatiri boleh meracuni minda generasi muda yang mudah terpengaruh kepada perkara-perkara baru yang memesongkan akidah dan pemikiran Islam yang sebenar. Muslimin yang dirahmati Allah, Golongan ini juga menyalahgunakan konsep "ijtihad" dalam Islam, dengan membuka pintu ijtihad seluas-luasnya dan sebebas-bebasnya. Sudah tentu ia memberi peluang kepada orang-orang jahil melakukan ijtihad sendiri untuk menghasilkan pemikiran-pemikiran songsang yang bercanggah dengan ajaran agama Islam sebenar. Dan inilah yang membawa "Irsyad Manji" seorang aktibis yang beragama Islam dan menerima pendidikan aliran agama dan aliran skolar dari barat mengasaskan "Projek Ijtihad" di Kanada, kononnya akan melahirkan pemikiran baru tentang Islam yang tidak mengikut tradisi lama. Akan tetapi hasil kajiannya menunjukkan bahawa ia seorang pembawa ideologi yang menghina Al-Quran dan menghina Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta ingin mengubah tata cara ibadah agama Islam. Sebenarnya, amalan ijtihad dalam Islam adalah amalan mulia dan terbuka bagi alim ulama yang memiliki syarat dan mengikuti garis panduan yang sudah pun dikaji secara mendalam dan ditetapkan oleh ulama dalam Ilmu Usul Fiqh. Imam Syafie Rahmatullahi Taala adalah ulama terawal telah merumus ilmu ini dalam kitab "Ar-Risalah" sebagai konsep dan panduan bagi ulama yang berkebolehan untuk berijtihad, lalu kemudian diteruskan oleh ulama selepasnya hingga ke hari ini. Kita umat Islam, janganlah terpengaruh dan terlibat dengan ijtihad Irsyad Manji tersebut, kerana dia bukan orang yang berkelayakkan dan tidak memiliki syarat dalam pengajian Islam. Malahan dia sebenarnya seorang jahil, perosak akidah dan peracun pemikiran Islam. Mereka yang terjerumus dengan dakwah "Islam Liberal" dan ideologi tersebut hendaklah segera bertaubat dan kembali kepangkal jalan, serta segera berhenti menyebarkan pemikiran dan fahaman yang menyimpang dari ajaran agama Islam sebenar. Sesungguhnya "Islam Liberal" yang mendakwa kefahaman agama baru yang sesuai dengan kemajuan hari ini adalah sesat dan menyesatkan. Islam liberal sama sekali bercanggah dengan nilai dan ajaran agama Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Begitu juga ideologi tersebut adalah hasil pemikiran golongan Islam liberal yang jauh berbeza dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, malah boleh membawa individu muslim terkeluar dari pegangan agamanya. Nauzubillahi Minzalik. Oleh itu, umat Islam janganlah terpedaya dengan muslihat golongan Islam liberal ini yang kini sudah mula tersebar buku-bukunya yang diterjemahkan kedalam bahasa melayu dinegara-negara jiran. Aliran ini telah ditentang dan diharamkan oleh ppihak-pihak yang berwajib dinegara jiran, kerana telah dipastikan ianya bercanggah dengan kefahaman Islam yang tulin. Akhirnya sama-samalah kita menjaga kesucian agama Islam dengan berpegang teguh kepada ajaran agama Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunah. Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah Subhanahu Wataala. Amin Yarrab Alamin. Surah Al-Imran ayat 103 tafsirnya: "Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliah dahulu lalu Allah menyatukan antara hati kamu (dengan nikmat agama Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmatnya itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan dahulunya kamu berada ditepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya dengan sebab nikmat Islam. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya supaya kamu mendapat hidayah". |
Selasa, 8 Januari 2013
KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB SEMUA PENGGUNA |
Muslimin yang dirahmati Allah,
MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Disamping itu kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala diatas limpah kurniaNya yang tidak terhingga banyaknya kepada kita supaya dapat menikmati kurniaan Allah Subhanahu Wataala itu dan dapat mengerjakan amal ibadat dan segala suruhanNya� sehingga kita menjadi hamba-hambaNya yang dikasihi didunia dan diakhirat. Muslimin yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, kita bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah melimpahkan nikmat yang amat banyak kepada kita. Semenjak negara kita mencapai kemerdekaan, banyak kemajuan telah dapat kita kecapi. Pembangunan infrastruktur semakin pesat berkembang mengikut dengan kemajuan tersebut, pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan-kemudahan yang dapat dinikmati oleh kita semua, antaranya sekolah, bangunan kerajaan, hospital, masjid dan termasuklah juga jalan raya. Jalan raya adalah merupakan salah satu kemudahan yang sangat penting. Dengan adanya jalan raya kita dapat menuju kesuatu tempat atau destinasi yang dikehendaki dengan mudah dan cepat. Oleh itu, kita sebagai pengguna jalan raya adalah tanggungjawab untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya supaya dengannya kita dapt menjadikan jalan raya itu sebagai tempat yang selamat dan aman bagi kegunaan dan manfaat semua orang dan seterusnya dapat mengelakkan dari sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya. Tidak dinafikan bahawa mematuhi peraturan tersebut bukanlah bermakna para pengguna jalan raya akan sentiasa terjamin keselamatannya, tetapi dengan mematuhi peraturan tersebut setidak-tidaknya dapat mengurangkan risiko kemalangan. Kita sebagai pengguna jalan raya hendaklah sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk menjaga keselamatan dijalan raya. Ini kerana kemalangan dijalan raya bukan sahaja boleh menyebabkan kerugian pada harta benda, tetapi juga boleh mendatangkan kecederaan dan lebih buruk lagi boleh menyebabkan kematian. Ahli Jumaat yang dirahmati Allah, Perlu diketahui bahawa jumlah kemalangan jalan raya diNegara Brunei Darussalam telah meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 2007, jumlah kesa kemalangan jalan raya ialah sebanyak� 2035 kes dan jumlah itu terus meningkat dimana pada tahun 2011, sebanyak 2761 kes telah dicatatkan, dan pada tahun ini sahaja, jumlah kes yang dicatatkan dari bulan Januari hingga September ialah sebanyak 2419 kes. Memandangkan bilangan kemalangan� dinegara kita yang semakin meningkat itu, pihak berkuasa telah giat melakukan berbagai usaha bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya, antaranya dengan mengadakan sektan jalan raya dan pemeriksaan kenderaan bagi memastikan tiada berlaku sebarang pengubahusaian yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang lalu lintas. Selain itu mereka juga sering berusaha menigkatkan kesedaran dengan memberikan nasihat dan panduan kepada orang ramai khususnya para pemandu agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya seperti menasihatkan para pemandu untuk memeriksa kenderaan sebelum menggunakannya dan lain-lain melalui kempen-kempen, iklan-iklan dan sebagainya. Bahkan pihak kerajaan juga telah memperkenalkan sistem mata demerit dengan tujuan untuk memastikan pemandu dinegara ini memandu kenderaan dengan lebih berdisiplin, berhati-hati dan mematuhi setiap peraturan lalu lintas. Muslimin yang dirahmati Allah, Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak punca kepada berlakunya kemalangan dijalan raya, antaranya samada disebabkan oleh faktor kenderaan itu sendiri yang tidak selamat untuk digunakan seperti tayar yang tidak berbunga, brek yang tidak berfungsi dan sebagainya, ataupun disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya itu sendiri yang bersifat mementingkan diri sendiri dan cuai tanpa memikirkan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Sikap buruk sebilangan pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya boleh menyebabkan kemudaratan bukan sahaja kepada dirinya sendiri bahkan juga orang lain. Adapun antara kesalahan jalan raya yang sering dilakukan ialah memandu laju dengan tidak mengikut had yang ditetapkan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu samada membuat dan menjawab panggilan atau membuat pesanan ringkas, mengekori kereta dihadapan dengan jarak yang dekat, tidak mengikut sebarang amaran tegahan tanda jalan raya seperti memotong ditempat yang tidak selamat seperti selekoh, meletakkan kereta ditempat yang dilarang, menggunakan lorong yang tidak betul termasuklah juga menggunakan lorong yang salah ketika berada dipusing keliling, dan tidak mematuhi peraturan lampu isyarat dan sebagainya. Sebagai pengguna jalan raya, kita hendaklah mematuhi semua peraturan lalu lintas. Ini termasuklah juga peraturan pemakaian tali pinggang keselamatan. Namun terdapat sebilangan pemandu masih mengabaikan pemakaian tali pinggang keselamatan sedangkan peraturan pemakaian tali pinggang keselamatan tersebut tidak lain adalah untuk keselamatan mereka sendiri juga. Memakai tali pinggang keselamatan itu Insya Allah akan dapat mengurangkan risiko mendapat kecederaan berbanding dengan jika tidak memakai tali pinggang keselamatan tersebut. Di antara kesalahan lalu lintas lain yang sering dilakukan ialah tidak menggunakan tempat khas untuk menyeberang jalan seperti zebra crossing ataupun jejantas bagi pejalan kaki. Perbuatan tersebut jelas membahayakan keselamatan diri mereka sendiri. Para pemandu juga hendaklah bertolak ansur dengan pejalan kaki terutama ketika hendak menyeberang jalan seperti memberhentikan kereta bagi memberi laluan kepada pejalan kaki yang menghampiri atau berdiri dijalur lintas untuk melintas jalan raya. Muslimin yang dirahmati Allah, Sikap tidak bertanggungjawab dijalan raya bukan sahaja membahayakan jiwa tetapi juga dilarang oleh agama islam yang telah menyeru umatnya supaya menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh merosakkan dan membawa kebinasaan. Perkara ini jelas dinyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 195, tafsirnya: "....dan janganlah kamu senghaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri kedalam bahaya kebinasaan...". Tidak dinafikan bahawa kadang kala kesabaran seseorang teruji ketika memandu lebih-lebih lagi ketika jalan raya penuh sesak. Oleh itu sebagai pengguna hendaklah menanamkan dalam diri mereka sifat-sifat mulia sebagaimana yang telah diajarkan dalam islam seperti hormat menghormati, bertolak ansur, bertimbang rasa dan paling utama ialah bersifat sabar. Orang yang sabar akan berfikir dengan waras dan bijak ketika dijalan raya, mereka akan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya tanpa keluh kesah, mereka tidak akan memotong laluan atau barisan dijalan raya tetapi menantikan giliran dengan penuh kesabaran dan redha dimana perbuatan sedemikian akan dapat mengelakkan pengguna yang lain dari merasa marah atau tidak berpuas hati. Selain itu orang yang sabar juga akan sentiasa bersedia untuk memberikan laluan dan ruang kepada pengguna lain terutama ketika berada dalam kesesakan lalu lintas, dan itulah sikap yang baik kerana bertolak ansur dan menolong pengguna yang lain ketika berada dijalan raya. Sesungguhnya jika kita menolong meringankan kesusahan orang lain, maka Allah Subhanahu Wataala juga akan menolong kita, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya: "Dari Abu Hurairah Radiallahu Anha ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Dan sesiapa yang menolong memudahkan orang yang susah, Allah Subhanahu Wataala akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Allah Subhanahu Wataala menolong hambanya selama mana hamba itu mahu menolong saudaranya". (Riwayat Al-Imam Muslim) Muslimin yang dirahmati Allah, Selain dari mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta memandu dengan berhati-hati, bersabar dan berwaspada, kita juga hendaklah sentiasa ingat kepada Allah Subhanahu Wataala dan sentiasa berdoa memohon perlindungan Allah Subhanahu Wataala seperti ketika keluar dari rumah dengan terlebih dahulu membaca doa tersebut iaitu ertinya: "Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah". Selain itu kita juga dianjurkan membaca doa ketika menaiki kenderaan sebagaimana yang terdapat didalam surah Al-Zukhruf ayat 13-14, tafsirnya: "Maha suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali". Di samping itu adalah lebih baik juga kita berzikir dengan zikir-zikir yang mudah seperti, Subhanallah, Alhamdulilah, Allahu Akbar dan sebagainya. Ini kerana agama islam sangat menganjurkan umatnya agar sentiasa berdoa dan berzikir dalam semua keadaan dan tempat, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisa ayat 103, tafsirnya: "...maka ingatlah ketika kamu berdiri dan duduk serta ketika kamu berbaring...". Muslimin yang dirahmati Allah, Mematuhi peraturan dan undang-undang sangat penting bagi menjamin keharmonian dan keselamatan kita bersama. Dan keselamatan dijalan raya itu tidak akan tercapai jika pengguna jalan raya tidak mempunyai rasa tanggungjawabdan tidak mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas berkenaan. Akhirnya marilah kita menanamkan sifat sabar dan sentiasa berhati-hati dan berwaspada semasa berada dijalan raya dan seterusnya berdoa semoga kita berada dalam lindungan Allah Subhanahu Wataala dan terhindar dari sebarang mara bahaya. Amin Yarrabal Alamin. Surah Ar-Raad ayat 11, tafsirnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan apa yang ada pada suatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan keburukkan (azab) kepada suatu kaum, maka tidak ada ayng dapat menolaknya, dan mereka tidak memperolehi pelindung selain daripadanya". |
Langgan:
Catatan (Atom)