ummusya

Jumaat, 28 Mei 2010

emel

emel yang baru ku terima untuk dikongsi bersama.

MANFAAT BERJALAN KAKI [BRISK WALKING]

Ramai wanita yang beranggapan senaman di gymnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat tetapi tidak membabitkan sebarang kos.

Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang. Amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat seperti berikut

Berat badan Stabil
Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolism tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolism tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

Menurunkan berat badan
Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan laju secara rutin.

Elak serangan jantung
Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung. Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung meyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku pembuluh darah ke jantung.

Angin ahmar atau strok
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan laju dengan strok, namun kajian dilakukan terhadap
70 000 pesakit Sekolah Kesihatan Harvad, Amerika Syarikat, yang sering berjalan iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak dua daripada tiga kes.

Mencegah kencing manis
Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar enam kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama dalam kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

Mencegah osteoporosis
Pergerakan badan yang aktif dan berjalan laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

Meredakan sakit lutut
Lebih sepertiga masyarakat kita mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

Tekanan
Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

Kanser
Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua sedia maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Sumber : Berita Mingguan Julai 2009

Rabu, 26 Mei 2010

anniversary

selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 15 tahun. semoga berkekalan hingga ke syurga. aaamiin ya rabbal alamin

Selasa, 25 Mei 2010

hari jadi ahli lujnah


happy birthday to Arifin....

hadiah kek ringkas dari ummusya (kek tiramisu aiskrim). hidangan lujnah kali ani ditaja oleh bday boy, kami orderkan tati's - nasi putih, ayam gril madu, sayur lodeh.


lepas makan hidangan catering dan kek yang berlemak2, arifin ada appointment dengan pakar permakanan. atooo ya....



eeeeee.... sukanya hj sham, parut sudah kanyang...

Sabtu, 22 Mei 2010

khutbah jumaat

jumaat (21-May-2010)
07hb Jamadilakhir 1431H

HARGAI TENAGA KITANI

Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah,

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Agama Islam sangat mengambil berat soal berjimat cermat kerana ia merupakan asas bagi kesejahteraan hidup dan kemakmuran negara. Oleh itu Islam mengharapkan setiap umatnya berjimat cermat dalam setiap apa yang dilakukan seperti berjimat cermat dalam berbelanja, berjimat cermat ketika menggunakan air, elektrik dan sebagainya. Pepatah melayu ada mengatakan 'Beringat sebelum kena berjimat sebelum habis'.

Adapun jika menggunakan sesuatu melebihi batas keperluan seharian kita maka itu adalah membazir, contohnya menggunakan air dan elektrik yang berlebihan sehingga ke tahap yang sia-sia, memasak makanan yang berlebihan dan tidak habis dimakan sehingga terbuang begitu sahaja dan sebagainya. Semua ini tidak seharusnya menjadi kelakuan Muslim sejati kerana perbuatan membazir ini tidak disukai oleh Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-A'raaf ayat 31 tafsirnya :

"Dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan".

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sebagai rakyat Negara Brunei Darussalam kita amat beruntung kerana dapat menikmati hasil minyak dan gas serta menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti bekalan tenaga elektrik. Oleh itu wajarlah kita mensyukuri dan memanfaatkannya dengan cara yang betul, bukannya dengan membazir. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala akan menambah nikmat-Nya kepada kita jika kita mensyukuri nikmat-Nya, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ibrahim ayat 7 tafsirnya :

"Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras".

Muslimin yang dirahmati Allah,

Adapun di antara cara kita mensyukuri nikmat tersebut adalah dengan menjimatkan penggunaan sumber tenaga yang kita miliki iaitu minyak, gas dan bekalan elektrik. Maka ke arah penjimatan tenaga tersebut, kita sama-sama berperanan ke arah membendung masalah ini dan hendaklah peka akan pentingnya penjimatan penggunaannya.

Justeru itu, dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan tenaga, kerajaan telah mengisytiharkan 24 Mei setiap tahun sebagai Hari Tenaga dan tahun ini kali ke-empat kita meraikannya dengan tema 'Hargai Tenaga Kitani'. Tema ini bertujuan untuk menyedarkan setiap pengguna di negara ini betapa pentingnya tenaga dalam kehidupan seharian disamping untuk sama-sama mempratikkan kecekapan dan penjimatan dalam penggunaan tenaga. Rakyat dan penduduk di negara ini hendaklah tahu berjimat, bijaksana serta berjimat dalam menggunakan tenaga, bukannya membazir sewenang-wenangnya setiap hari.

Adalah menjadi kewajipan kita bersama, sama ada pihak kerajaan, swasta mahupun persendirian untuk sama-sama menjimatkan penggunaan tenaga agar ianya akan terus dinikmati hingga ke generasi akan datang. Penjimatan tenaga boleh dilakukan melalui beberapa cara, antaranya seperti berikut :

Pertama : Melalui pendidikan yang bermula dari rumah atau sekolah dengan melatih anak-anak kita berjimat cermat dengan cara menutup suis alat-alat elektrik seperti lampu, alat penghawa dingin, kipas angin, televisyen, komputer dan lain-lain lagi apabila kita telah selesai menggunakannya, begitu juga ketika kita tidak menggunakannya dalam tempoh waktu yang lama atau panjang contohnya kita hendak berpergian keluar negeri dan sebagainya.

Alhamdulillah, pada ketika ini ada sebahagian sekolah kerajaan dan swasta dengan kerjasama Bahagian Tenaga, Jabatan Perdana Menteri telah pun menubuhkan kelab tenaga di sekolah masing-masing yang mana tujuannya adalah untuk mendidik pelajar-pelajar akan perimustahaknya menggamalkan penjimatan tenaga elektrik dan sebagainya.

Kedua : Melalui penjimatan penggunaan minyak kenderaan dengan membuat perancangan terlebih dahulu ke mana destinasi yang hendak kita tuju agar ianya lebih teratur dan terarah. Perlu diketahui, dalam tahun 2007 sahaja, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah membiayai subsidi bagi gasolin dan diesel sebanyak dua ratus dua juta ringgit.

Ketiga : Mendidik diri dan keluarga hidup dalam keadaan sederhana meskipun tergolong sebagai orang yang berkemampuan.

Kita menyedari bahawa kita tidak mampu mengubah pendirian ke semua orang kerana akan masih ada segelintir yang masih kurang memahami atau enggan menerima adanya keperluan untuk kita mengamalkan budaya berjimat cermat. Ini jelas jika kita lihat pada masa ini masih terdapat bangunan-bangunan kerajaan, swasta, sekolah-sekolah, tempat-tempat membeli-belah dan sebagainya membiarkan lampu-lampu bilik, kawasan atau lampu cucul menyala pada masa yang difikirkan tidak diperlukan. Perkara ini hendaklah perlu kita tangani sekarang, elakkan sikap mengatakan 'Saya mampu membayar berapa banyak jumlah tuntutan penggunaan tenaga, orang lain tidak boleh menghalang' atau 'Bukan saya sahaja yang banyak menggunakan elektrik ada lagi orang lain yang lebih banyak penggunaannya'. Sikap seperti ini tidak patut diamalkan, bukannya kemampuan yang dipersoalkan tetapi penggunaan yang berlebihan dan tidak sepatutnya yang boleh menyebabkan pembaziran dan pengunaan yang sia-sia.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Adalah menjadi tanggungjawab setiap lapisan masyarakat di negara ini supaya bekerjasama ke arah mengamalkan penjimatan tenaga. Perlu disedari, setiap bulan, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia menanggung beban tunggakkan penjualan elektrik sehingga mencecah ratusan juta ringgit Brunei dan ianya meningkat dari sebulan ke sebulan. Dalam tahun 2009 sahaja, tunggakan para pengguna tarif A domestik yakni rumah-rumah persendirian dan tarif B komersial mencecah satu billion ringgit Brunei. Di samping itu, para pemilik hotel di negara ini juga disarankan menggamalkan penjimatan tenaga elektrik di hotel-hotel mereka kerana tunggakan penjualan tenaga elektrik bagi bangunan-bangunan hotel sehingga Mac 2010 sahaja mencecah empat juta ringgit Brunei.

Menyentuh mengenai program EARTH HOUR yang diasaskan oleh negara Australia yang bermula pada tahun 2007, Alhamdulillah pada tahun ini negara kita telah pun secara rasmi ikut serta berganding bahu bersama lebih 100 buah negara-negara yang lain bagi sama-sama menjayakan program 60 minit mematikan segala bekalan elektrik di kesemua premis kerajaan, swasta dan rumah-rumah persendirian yang mana melalui usaha yang berkebajikan ini, pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Jabatan Perkhidmatan Elektrik telah berjaya menjimatkan penggunaan bekalan tenaga elektrik sebanyak 38.5 megawatt bersamaan penggunaannya dengan 1.7 juta biji bulb jimat tenaga atau bersamaan dengan lima kali penggunaan tertinggi bagi daerah Temburong. Apa yang diharapkan, usaha penjimatan ini akan terus diamalkan dan dipraktikkan bukan sahaja ketika program EARTH HOUR berlangsung yang diadakan setahun sekali akan tetapi akan lebih banyak lagi usaha-usaha penambahbaikan dan penjimatan sedemikian dilakukan.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sebagai inisiatif satu program yang dipanggil 'E-SAVING DAY' akan diadakan pada 24 Mei 2010 bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam iaitu menyeru semua individu, pihak kerajaan dan swasta untuk secara proaktif ikut serta dalam usaha-usaha ke arah penggunaan tenaga yang lebih bijaksana iaitu cekap lagi jimat dengan membuat tiga perkara sahaja :

1)Mematikan lampu-lampu yang tidak diperlukan
2)Letakkan suhu alat hawa dingin kepada 24 darjah celcius
3)Mematikan semua alat pemanas air (WATER HEATER)

Semoga usaha-usaha sedemikian ini akan dapat kitani laksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab sesuai? dengan kedewasaan kitani bernegara merdeka agar kesannya nanti berpanjangan demi kesejahteraan dan kenikmatan penduduk dan rakyat Negara Brunei Darussalam yang akan datang yang sama-sama kita cintai ini jua. Oleh itu marilah kita sama-sama menyahut seruan kerajaan agar kita sama-sama menghargai sumber tenaga kitani dengan berjimat cermat dalam penggunaan tenaga dan menjadikan ia sebagai salah satu cara hidup kitani seharian.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita menyemai, mendidik dan membudayakan diri kita ke arah kecekapan dan penjimatan tenaga, semoga dengan berbuat demikian kita akan terus menikmati kemakmuran dan keselesaan dengan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al Israa' ayat 26-27 tafsirnya :

"Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau belanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya".

Khamis, 20 Mei 2010

lirik lagu

salah satu lagu nasyid kontemporari yang ku gemari


Sumaiyah by Hijjaz

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

Rabu, 19 Mei 2010

kisah lipan

tersebutlah kisah.... kemarin masaku sedang mengaut2 nasi besedia2 kan sungkai, tepandangku lipan bejalan di lantai dapur, terus ku panggil abusya suruh membunuh sebab gua tak berani..... semasa melagau abusya atu, masuk tia lipan ani ke dalam almari bawah sink. ai, macam faham saja lipan ani aku melagau orang kan nangkap ia? rosak program gua kan sungkai. nuhun liur.... timbul bimbang dan takut. taguk saja air. kan menyuap nasi ke mulut pun indaku tesuap. beruah almari tah jadinya mahgrib2 atu. abis barang di almari atu dikeluarkan, namun bulu idung lipan pun inda nampak. pandai jua ia ani betapuk. sampai pukul 7 lalu mencari kedia, tak ketemu. kami pun fed up, ngalih dan gua laaaapaaaar. operasi kami terpaksa dihentikan, memandangkan cuaca tidak mengizinkan, dan mangsa pun tak ketemu2 juga. akhirnya ambil keputusan, ancit seluruh dalam almari atu dengan ancit rangit. hemmm... tak pasal2 ngalih beruah almari dan sudah tentu ngalih ku ni karang memanyap balik barang masukkan ke almari.

gua makan malam atu langsung tak sedap, macam kena paksa makan rasanya sebab dalam hati manyak risau. macam2 dibayangkan. "karang diri tidur, ia keluar bejalan ke bilik tidur, esok lagi baby sya tidur siang di bilik bawah..... bla.. bla.. bla..."


24 jam selepas kejadian itu... iaitu hari ini, waktu yang sama, maghrib, bersiap2 kan sungkai jua. gua duduk depan tv sambil tunggu azan maghrib, abusya ke dapur. nampakku ia menghidupkan api tambak. dalam atiku "apa lagi kan dimasaknya ani?". sekali, abang sya datang arahku " ma, lipan yang kemarin dapat sudah" "mana,bila?" "tu babah bakar ah" alhamdulillah... wasyukrulillah.... kata abusya lipan atu jalan dengan lemah dan ayungnya pusing2 di lantai dapur dekat almari ia masuk atu. mungkin temakan kapur racun samut yang abusya jurit2kan dalam almari atu atau ayung oleh racun rangit.

apa lagi, sungkai hari ani tia mengqada sungkaiku yang terbantut kemarin. kebetulan jua macam2 kusediakan ari ani. selalunya inda sampat memasak banyak pasal ahir balik lapas aga anak skolah ugama. ini hari gua tak ikut aga anak, dapatlah gua masak untuk sungkai. woooow... nyaman jua rasanya sungkai kali ani. semua sudah ready di meja... soto, sandwich, rumahan masak merah, sambal mangga/rancah2, aiskrim strawberry + apple.... tidak seperti selalunya, minum air dulu, lapas atu baru tah sibuk kan memasak. besyukur jua masa bulan ramadan balik kul 2, mun nda, sama tah macam keadaanku masa puasa qada ani.

bebalik pasal lipan, hati gua pun ada senang tapi masih bimbang kalau2 ada yang lain lagi masuk semasa kami inda nampak, atu lagi parah. na'uzubillah min zalik.
"salaamun 'alaa nuuhin fil 'aalamiin" baca 7x pagi dan petang (untuk menghindar dari digigit binatang berbisa)

tension..... tension

pagi pagi sudah tension. perjalanan dari rumah ke pejabat yang sepatutnya memakan masa 15 minit terpaksa dilalui setiap pagi dengan memakan masa 1 jam. bisai-bisai sudah tadi dari rumah tenagaku stabil, sekalinya sejam bekurung di kreta dengan pergerakan kereta beringsut, jadi inda stabil tia tenagaku, kajar2 tia badanku, ayung tia jua ada, lamahlah.... macam2 tia keluar. kalau inda puasa, dapat juaku sarapan di kereta seperti selalunya. ani apakan dipapak, tutup mata tah saja angan2kan bunga, kuih, buat plan2 yang menarik sambil dengar lagu nasyid kontemporari dari radio kereta.

Isnin, 17 Mei 2010

tak sampai hajat




Hari ahad yang lalu...... hampa... tak sampai hajat. 2 hari dah planning dalam hati kan nyambung keraja hari jumat yang alum siap - ngusai kebun bunga - beminggu-minggu dah nda jua siap-siap. manakan jua, petang jumat dan petang ahad saja berpeluang bekabun ani, dalam 2 jam saja masa atu, baru jua mencabut rumput, pukul 6 tia, kan menanam bunga pun inda sampat. dalam kepala otak, macam-macam konon kan dibuat, tanam bunga inilah itulah, tau-tau cabut rumput saja sampatnya. hahaaa... kan menyamankan ati, cakap dalam ati, "inda apalah, minggu dapan saja tanam bunga baru atu." tau-tau minggu dapannya tumbuh tia lagi rumput yang bakas dicabut ani, mencabut rumput lagi. bila tah ku kan betanam bunga ni???

sambung balik cerita hari ahad lalu - planning kan start keluar bekebun jam 4 petang, tiba-tiba hujan turun. subuk saja di tabuk bunga yang sudah disusun-susun dalam hati... "bunga ani kan taruh di sini, ani pindah kemari, ani cemani.... atu cematu....." "sia-sia pun tah saja" - bak kata cboboy dalam lagunya.

cuaca memang mendung dari pagi sudah - oleh itu otakku pun dari pagi terpaksa plan 2 program untuk petang atu. kusediakan tah pilihan kedua kalau sekiranya hujan petang ani. dalam hati bekata "kalau hujan karang patang, membuat kek sajaku" tapi hatiku jua menjawab "mudahan tah inda hujan". ertinya majal jua kan bekabun lah tu. walaupun pada hakikatnya mataku sendiri melihat awan patang atu hitam pekat, tapi masih berharap malam baru ia turun.

syukur.... alhamdulillah hujan turun menyuburkan bumi. betapa rahmat dan nikmatnya hujan jika dibandingkan dengan musim kemarau, kering, sana sini asap, jerebu, cuaca panas, membari kusut, lebih-lebih lagi kalau aircondition di pejabat rosak..... hehehe...... tuhan saja yang tau.....




soooo.... oleh kerana itu petang hujan sudah mare.... buat plan kedualah... buat cheese cake lah jawabnya. 2 sya pun balik-balik dah tanya "mama inda buat cheese cake kah?" kelanguan dah dorang makan kek coklat saja. rindu tia kan cheese cake tu. apalagi, sepanjang ku di dapur membuat kek atu, 2,3 kali ke dapur betanya... "siap dah ma?" "alum siap kah ma?" .... masak saja kek atu tarus potong, ngap! inda lagi sampat kan dikaraskan di peti sejuk. puas-puas tah kamu makan.

khutbah jumaat Brunei Darussalam

jumaat (14-May-2010)
29hb Jamadilawal 1431H

PATUHI LARANGAN MEROKOK DI TEMPAT AWAM

Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya kesihatan itu adalah nikmat kurniaan Allah Subhanahu Wata'ala yang wajib kita syukuri, akan tetapi terdapat sebilangan orang yang tidak menghiraukan dan mensyukuri akan hakikat ini. Mereka lalai dan leka daripada menghargainya sehinggalah apabila ditimpa musibah atau sakit, barulah mereka menyedari akan kerugian tidak menjaga kesihatan tubuh badannya. Sebagaimana dalam sebuah hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya :

"Dari Abni Anas Radiallahu Anhuma katanya : Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : Dua nikmat yang dilupakan oleh kebanyakkan orang ialah kesihatan dan masa lapang". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Islam amat menitikberatkan dalam penjagaan kesihatan tubuh badan dari sebarang perkara yang boleh memudaratkannya. Adapun di antara perkara yang boleh memudaratkan dan membahayakan kesihatan itu ialah tabiat merokok atau besigup.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Dalam usaha untuk mengurangkan kadar bilangan perokok dan ke arah menyedari masyarakat tentang bahaya rokok dan merokok, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah pun mengisytiharkan semenjak tahun 1994 lagi, akan semua bangunan-bangunan kementerian? dan jabatan-jabatan kerajaan sebagai tempat ditegah merokok. Penguatkuasaan larangan tersebut termasuklah juga premis-premis dan bangunan dibawah kawalan masing-masing seperti masjid, kantin, dewan serbaguna, hospital, pusat kesihatan dan sebagainya. Begitu juga, dengan berkuatkuasanya perintah tembakau 2005, tempat-tempat tegahan merokok juga diperluaskan dan dilaratkan ke semua kawasan di dalam sesebuah institusi pendidikan dan institusi pendidikan tinggi dan juga ke semua premis atau bangunan yang digunakan bagi maksud perdagangan, restoran, kafe internet, taman peranginan dan sebagainya. Bukan setakat itu, mana-mana kenderaan atau jenis kenderaan perkhidmatan awam seperti bas-bas awam dan teksi-teksi, turut tidak dibenarkan merokok di dalamnya.

Namun dari apa yang kita lihat, masih terdapat orang ramai yang tidak menghindarkan larangan dan undang-undang tersebut. Perokok-perokok masih saja kelihatan merokok di bangunan-bangunan kerajaan, tempat-tempat awam khasnya di tandas-tandas, restoran-restoran dan kawasan bangunan-bangunan kerajaan. Perlu diingat, bahawa merokok di tempat-tempat tegahan merokok adalah melakukan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi seribu ringgit dan yang mendukacitakan lagi ialah jika perokok di bangunan-bangunan kerajaan itu adalah seorang kakitangan kerajaan, ia juga telah melanggar etika kerja perkhidmatan awam.

Kita hairan dan kesal mengapa masih ada orang yang berterusan dan enggan berhenti dari merokok. Walhal fatwa-fatwa pengharamannya telah pun dijelaskan. Kesan keburukannya terhadap kesihatan juga telah banyak kali diperingatkan bahkan kerajaan juga telahpun menubuhkan 'Klinik Berhenti Merokok' bagi mempermudahkan perokok membuang tabiat buruk ini. Jika ada di kalangan perokok yang telah sedar dan mula mengorak langkah positif untuk mengurangkan tabiat tersebut, syabas dan tahniah kita ucapkan. Walau bagaimanapun masih juga kedengaran alasan dan keluhan di kalangan perokok yang menyatakan tabiat buruk itu susah untuk dihilangkan. Memang kita akui dan akur, menghilangkan tabiat buruk merokok itu adalah susah di kalangan perokok. Tetapi bagi membuang tabiat buruk merokok sebenarnya memerlukan inisiatif dari diri perokok itu sendiri.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ar Ra'd ayat 11 tafsirnya :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".

Ahli Jumaat yang dirahmati Allah,
Larangan merokok bukanlah semata-mata menitikberatkan soal kemudaratannya terhadap kesihatan perokok dan orang persekitarannya, bahkan adalah bagi mengelakkan perokok di kalangan umat Islam daripada terus berbuat dosa. Perokok-perokok tentu tertanya-tanya, mengapa merokok boleh mendatangkan dosa pada dirinya dari segi syarak? Ini kerana larangan menghindarkan mudarat atau bahaya tidak dipatuhi, sedangkan Islam sangat mementingkan keselamatan dan kesejahteraan bagi penganut-penganutnya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang tafsirnya :

"Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan".

Meskipun dosa merokok itu tidak sama seperti dosa meminum arak atau dosa-dosa besar yang lain, perlu kita ketahui bahawa Imam Ghazali pernah mengingatkan dalam kitabnya Ihya Ulumuddin bahawa dosa kecil itu boleh menjadi besar antaranya jika ia dilakukan terus menerus tanpa henti-hentinya atau jika seseorang merasa senang ketika melakukannya. Dan dosa itu sebenarnya mempunyai unsur-unsur yang membinasakan.

Muslimin yang berbahagia,
Bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam membendung gejala dan tabiat buruk merokok itu, marilah kita sama-sama berganding bahu dan terus-menerus menasihati perokok agar membuang tabiat buruk tersebut. Nasihat biarlah secara hikmat dan teguran biarlah dengan ikhlas mudah-mudahan mereka sedar akan niat murni kita. Ini kerana nasihat nasihat-menasihati adalah merupakan intipati kekuatan umat Islam yang sentiasa menjaga maslahat saudara sesama Islam.

Di samping itu, kerjasama serta usaha dan pemantauan berterusan dari pelbagai pihak seperti agensi-agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan, pemilik atau pengurus premis-premis perdagangan dan perindustrian, orang awam dan orang persendirian adalah sangat diharapkan. Mudah-mudahan dengan kerjasama dan perpaduan kepada usaha berkebajikan itu, kita mampu mencapai ke arah melahirkan masyarakat yang bebas dari merokok.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al Ashr ayat 1-3 tafsirnya :

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

puasa qada'




untuk minggu yang ketiga, perjuangan mengqada' puasa sebulan diteruskan hari ini. bulan ramadan hanya tinggal 2 bulan lebih saja lagi. jadi, aku mesti kuatkan semangat untuk menghabiskan mengqada' puasaku. inilah akibat melahirkan anak pada bulan ramadan. pada bulan ramadan dan syawal yang lalu bukan main cuti sakan aku (cuti bersalin). payah kan belurih tu cuti puasa sebulan dan cuti raya sebulan. tapi sekarang..... aduuuuuuh.... mengqada' puasa.... sengsara juga ada sikit.... hehehe..... cabaran yang membuatku agak lemah sedikit mungkin sebab aku masih menyusukan my baby. tenaga ada kurang lah.
insya Allah akan ku kuatkan semangat untuk menghabiskan sebulan puasa qada'ku.

Ahad, 16 Mei 2010

salam perkenalan



Assalamualaikum......


Selamat berkenalan semua. Setelah sekian lama menjadi pengunjung bolg-blog orang lain terutama blog masakan, membari tais liur jua kan tedapat blog sendiri. Maka hari ini dengan rasminya saya membuat blog sendiri. Selamat datang kepada tetamu yang sudi bertandang. Terima kasih daun keladi, esok-esok datanglah lagi.....