ummusya

Memaparkan catatan dengan label resipi makanan laut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resipi makanan laut. Papar semua catatan

Rabu, 11 Mei 2011

CENCALUK


ini dia lauk kegemaranku. jika disuruh pilih antara ayam goreng/ayam panggang dengan cencaluk, pasti akan kupilih cencaluk. tak kan kuhirau langsung ayam itu, hehe... tapi syaratnya mestilah cencaluk itu buatanku sendiri. kalau buatan orang lain, ragu sikit tentang kebersihannya. okey, di sini dikongsikan cara membuatnya yang sungguh mudah dan ringkas.

bahan2:
bubuk(udang geragau)
garam
gula



cara2nya:
sewaktu membeli bubuk, pastikan dan pilih bubuk yang betul2 segar.
bersihkan bubuk sebersih2nya... tak perlu kupas kulitnya.. haha..
lepas tu, keringkan airnya (biarkan seketika, ditoskan airnya)
setelah kering airnya, bubuh garam banyak2, sekira2 meratai keseluruhan bubuk, jangan terlebih banyak sangatlah.
kemudian bubuh pula gula secukupnya. lebih kurang separuh daripada jumlah garam.
gaul rata. masukkan dalam botol atau kontena dan simpan dalam peti sejuk.
setelah seminggu atau lebih, bolehlah dimakan.
sebelum makan, perah air limau kasturi atau limau kapas dan kalau mahu pedas, bubuh cili api atau cili thailand.

fuuuuh... tak perlu yang lain2, cukup hanya nasi putih dan cencaluk.
setiap kali mengandung iaitu sewaktu liur tak berapa cantik, saya pasti mencari cencaluk, barulah ngam dengan selera. tapi yang susahnya jika bukan musim bubuk, hmmm... tahan jelah.. cari ikan masin lah jawabnya.

Ahad, 1 Mei 2011

oyster sauce seafood



bahan2:
ketam, udang, satak
halia, bawang putih, bawang besar (dihiris)
sos tiram
sos cili life / maggi
garam
minyak masak

sos cili pantai (boleh tak ada)
serai (boleh tak ada)

cara2:
tumis bawang dan halia yang dihiris serta serai.
bubuh sos tiram, sos cili dan garam.
bubuh sedikit air, gaul.
masukkan ketam, udang dan satak.
tutup kuali, tunggu hingga masak.