ummusya

Rabu, 11 Mei 2011

CENCALUK


ini dia lauk kegemaranku. jika disuruh pilih antara ayam goreng/ayam panggang dengan cencaluk, pasti akan kupilih cencaluk. tak kan kuhirau langsung ayam itu, hehe... tapi syaratnya mestilah cencaluk itu buatanku sendiri. kalau buatan orang lain, ragu sikit tentang kebersihannya. okey, di sini dikongsikan cara membuatnya yang sungguh mudah dan ringkas.

bahan2:
bubuk(udang geragau)
garam
gula



cara2nya:
sewaktu membeli bubuk, pastikan dan pilih bubuk yang betul2 segar.
bersihkan bubuk sebersih2nya... tak perlu kupas kulitnya.. haha..
lepas tu, keringkan airnya (biarkan seketika, ditoskan airnya)
setelah kering airnya, bubuh garam banyak2, sekira2 meratai keseluruhan bubuk, jangan terlebih banyak sangatlah.
kemudian bubuh pula gula secukupnya. lebih kurang separuh daripada jumlah garam.
gaul rata. masukkan dalam botol atau kontena dan simpan dalam peti sejuk.
setelah seminggu atau lebih, bolehlah dimakan.
sebelum makan, perah air limau kasturi atau limau kapas dan kalau mahu pedas, bubuh cili api atau cili thailand.

fuuuuh... tak perlu yang lain2, cukup hanya nasi putih dan cencaluk.
setiap kali mengandung iaitu sewaktu liur tak berapa cantik, saya pasti mencari cencaluk, barulah ngam dengan selera. tapi yang susahnya jika bukan musim bubuk, hmmm... tahan jelah.. cari ikan masin lah jawabnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan