ummusya

Memaparkan catatan dengan label resipi ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resipi ayam. Papar semua catatan

Rabu, 13 Jun 2012

ayam goreng katok



Bahan-bahan;
Ayam
Serbuk kari
Serbuk kunyit
Garam
Sedikit air
Tepung gandum/serbaguna
Minyak masak

Cara-cara;
Satukan serbuk kari, kunyit, garam dan sedikit air dlm mangkuk, masukkan ayam, gaul rata.
Panaskan minyak dlm kuali.
Sebelum menggoreng ayam, golekkan ayam ke dlm tepung

Jumaat, 4 Mei 2012

AYAM MASAK ROS MADU















Sumber; RasaOnline

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 14 -  gaul dg sikit garam dan kunyit

125ml cili kisar - guna 7 biji cili kering

6 sudu makan sos cili

6 sudu makan sos tomato

½ tin susu cair atau 1 cwn fresh milk

5gm kulit kayu manis

5gm bunga lawang

5gm buah pelaga

5gm bunga cengkih

3 batang serai diketuk

125ml tomato puri atau 4 sb

2 sb madu.

1 cwn kacang peas

Bahan kisar:

5 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

2sm halia

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.

2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga garing.

3. Kemudian masukkan cili kisar bersama serai dan biarkan hingga garing.

4. Apabila garing, masukkan sos cili dan sos tomato kemudian ayam yang siap digoreng. Kacau rata.

5. Tuangkan susu cair bersama tomato puri. Kacau hingga sebati dan biarkan masak hingga kuahnya agak pekat. tambah madu.
6. Perasakan dengan serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa dan angkat.

Jumaat, 11 November 2011

AYAM GORENG BEREMPAH


BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam
4 sudu tepung gandum
1 sudu gula
2 biji telur
2 sudu lada sulah
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
2 sudu ketumbar
2 sudu lada kisar
garam secukup rasa
segenggam daun kari

satukn semua bhn, gaul, masukkn ayam, gaul, goreng...

Khamis, 6 Oktober 2011

CRISPY BUTTERMILK CHICKEN - 2ND EDITION


Adapun kenapa diberi nama 2nd edition adalah kerana sebelum ni sudah pernah dikongsikan resipi crispy butter chicken tapi ayamnya tidak ada tulang (dada ayam dipotong kecil dan nipis). edisi kedua ini pula menggunakan ayam yang ada tulang.
okey, caranya sungguh mudah dan ringkas, begini....

ayam seekor dpotong sdrhana kecil, gaul dgn grm, panaskn minyak utk mgoreng, sbelum mgoreng, gaul ayam dlm tepung gandum, goreng hingga msk dn garing.

Dlm kuali yg lain, panaskn 3 sudu butter, tumis bwg besar yg dicincang halus, masukkan lada padi atau lada thailand yg dhiris halus dn segenggam daun kari, masukkn setengah tin susu cair dn garam, masukkn sedikit tepung jagung jika suka pekat, boleh jua tidak guna tepung jagung. Gaul ayam goreng dlm kuah tadi. siap... selamat mencuba.

Isnin, 8 Ogos 2011

AYAM PANGGANG DAUN PISANG


BAHAN2 A:
seekor ayam dbelah dua,
daun pisang,
aluminium foil,
sebiji buah lemon dhiris nipis.

BAHAN2 B:
cili kisar,
sos cili,
sos tomato,
sos tiram,
sos bbq,
serbuk kunyit,
serbuk lada hitam,
garam,
madu.

CARA2:
satukan bahan2 B kemudian perap ayam dengan bahan2 tersebut, letak hirisan2 lemon di atas ayam. Bungkus ayam dlm daun pisang dan aluminium foil, dibakar dlm oven dgn 200 d.s slama 1 jam 30 mnt atau sehingga masak.

Rabu, 27 April 2011

AYAM PANGGANG MADU


bahan2nya sangat simple dan mudah menyediakannya

Bahan2:

sekor ayam dibelah dua
3 sudu makan sos cili life / maggi
5 sudu makan sos tomato life / maggi
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan madu
garam secukup rasa

cara2nya:

gaul semua bahan, dan dilumurkan pada ayam. kalau ada masa, diperap 1/2 jam atau 1 jam lagi sedap. kalau tidak ada masa, tidak diperap pun ok juga.
lepas itu susun ke dalam takir (dulang pembakar) dan masukkan ke dalam oven dgn kepanasan 200 darjah selsius dgn masa 1 jam 20 minit (tertakluk jenis oven masing2)

selamat mencuba..

Ahad, 6 Februari 2011

Nasi Briyani Ayam Enrico


bahan2:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
40 gram minyak sapi (kali ini ummusya gunakan minyak sapi Enrico, sbb tu namanya nasi briyani enrico)
30 gram rempah briyani (kali ini ummusya gunakan rempah adabi)
secukupnya bawang merah dan bawang putih (dikisar)
kacang jagus digoreng
kismis
pewarna kuning
garam, gula

cara2:
- panaskan minyak sapi dalam periuk nasi elektrik atau periuk biasa.
- tumis bawang kisar dan rempah briyani
- masukkan susu cair, air, garam dan gula. tunggu hingga mendidih sedikit.
- masukkan beras, gaul hingga sebati, tutup periuk
- setelah nasi masak, kaut ke dalam kontena besar, bagi pewarna kuning, kacang jagus dan kismis. gaul rata.

AYAM BRIYANI ENRICO

sekilo ayam
bawang merah, bawang putih dan halia (dikisar)
bawang besar (dihiris)
minyak sapi (guna enrico)
rempah briyani (guna adabi)
serbuk kari(guna baba's)
serbuk kunyit
sedikit sos tiram, garam, gula
susu cair
air

cara2:
panaskan minyak sapi
tumis bawang kisar
masukkan rempah briyani, serbuk kari, serbuk kunyit, sos tiram
masukkan ayam, air
setelah ayam setengah masak, masukkan susu cair, garam, gula, bawang besar
masak hingga pekat. tinggalkan sedikit sahaja kuahnya.

setelah ayam masak, kaut ayam tanpa kuahnya dan digaul dengan nasi briyani tadi.

PACERI NENAS

bahan2:
sebiji nenas masak (dipotong kecil)
bawang merah, bawang putih, halia (dikisar)
3 sekawan (cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
serbuk kari dan serbuk kunyit (campur air)
garam
gula
cili segar dihiris
air

cara2:
- tumis bawang kisar dan 3 sekawan
- masukkan campuran serbuk kari & serbuk kunyit, biarkan seketika hingga pecah minyak
- masukkan air dan nenas
- tambah garam dan gula secukup rasa
- didihkan lebih kurang setengah jam, kalau airnya kurang, bolehlah ditambah lagi. semakin lama dimasak, semakin sedap rasanya.

TO BE CONTINUE.... hehe.......

Ahad, 8 Ogos 2010

PAIS AYAM PANGGANG

Resipi ciptaan baru untuk dikongsi bersama di sini. resipi ini tercipta disebabkan mahu mengelak oven kotor, so, ambil daun pisang dan foil, bungkuskan saja ayam itu. selalunya kalau memanggang ayam, gerenti oven akan kotor oleh percikan-percikan ayam, bukan ayam percik eh, hehe...

ayam sebelum dibungkus

ayam yang sudah masak


bahan-bahan:
1 ekor ayam
cili kisar
sos tomato
sos cili pantai
sos tiram
serbuk kunyit
sos barbecue
garam
madu
daun pisang
aluminium foil

cara-cara:
ayam dibelah dua, dibersihkan dan digaul dengan cili kisar, sos tomato, sos cili pantai, sos tiram, serbuk kunyit,garam dan madu, semuanya main agak2, cukup untuk ayam seekor.
setelah digaul sebati, bungkus ayam dengan daun pisang dan aluminium foil. bakar di oven selama 30 minit dengan kepanasan 230 darjah. selepas itu dipindah ke kuali, dan sambung membakar di atas api sehingga masak.
perlu diingat: ayam yang dipotong kecil2 tidak sama rasanya dengan yang dibelah dua. tak berapa sedaplah.