ummusya

Memaparkan catatan dengan label kisahku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisahku. Papar semua catatan

Selasa, 5 Mac 2013

PROJEK LARUT MALAM

bermula dari disember 2012, setiap malam ada sahaja projek yang mesti dilaksanakan.  bermula dengan peraduan menulis cerpen, rencana, skrip drama radio, buku cerita kanak-kanak bergambar (anjuran Pusat Da'wah Islamiah). mudah-mudahan akan mendapat kejayaan, paling kurang pun hadiah saguhati sajalah, berbaloi juga rasanya berjaga hingga larut malam.

Awal 2013, sambung lagi dengan projek menulis esei sempena hari arkib anjuran Jabatan Arkib Negara.  bila membaca syarat-syarat peraduan, wow!  para peserta dibolehkan menyertai lebih dari 1 esei - maka timbullah perasaan tamak di dalam hati ini, ahaaaai!  hari2 yang tinggal sebelum tarikh tutup pun dibilang dan  dicongak, rasanya cukup untuk membuat 5 buah esei.  yaaa itulah target awal - 5 esei. alhamdulillah 2 atau 3 malam telah berjaya menghasilkan 1 esei.  maka target pun tercapai - hamba berjaya menyiapkan 5 esei dalam masa 2 minggu, syukru lillah....

selesai projek esei, tiba2 datang pula tempahan kek bertalu2, macam tau2 saja hamba dah ada masa lapang. rezeki jangan ditolak, hehee...  projek bikin kek yang sudah masuk list: kek marble peanut butter 3 biji, kek cheese 2 biji, kek chocolate moist 3 biji.  kek marble sudah selesai, kek cheese - separuh jalan.  so... malam nanti dan malam2 seterusnya, projek larut malam akan diteruskan. uwaaaa betapa rindunya nak baca novel.  belum ada peluanglah nampaknya untuk merobek balutan plastik novel2 itu.

dalam fikiran, ada 2 lagi peraduan yang ingin disertai, hmmm mudahan teungkayah, aamiiin

sambil melukis sambil tengok drama nora elena d lappy
Bermain warna dgn kek marble peanut butter

Jumaat, 4 Januari 2013

SELAMAT BERKENALAN

Salam perkenalan dari saya buat geng blogger:

Delima
Bicara kak Noor
qaseh tia
zurairatul
biehaDminhat
sk_isyraq

terima kasih setaman kembang mewangi buat kalian semua.

Ahad, 16 Disember 2012

mabuk durian

sana sini durian. melambak-lambak durian, juntrah banar. durian sudah turun harga, jatuh merudum. 50¢ & 20¢ sebiji pun ada. durian dah tak mahu naik atau masuk dlm timbangan. tak pandang timbangan dah.

Wah... kalau begini sepanjang tahun kan enak. hari-hari dah masak bubur durian, masih tak pandai jemu. nyaman kali aaaah!

Dalam rumah pun dah jadi mcm pesta buah... mcm2 buah ada...
Durian, rambutan, tarap, langsat, kembayau, mata kucing....

Ahad, 18 November 2012

MUSIM BUAH

musim buah tiba lagi..... bererti musim demam pun tiba juga.  hadoooi... tak dmakan rugi, dimakan... demam, selsema, pening. lawan saja lah dgn panadol, adem sari dan madu.

Sekarang, tak perlu pening nak masak sarapan apa. cucur saja tarap, durian, cempedak... asal jgn cucur kembayau.... sudaaah...

Jumaat, 2 November 2012

Khamis, 4 Oktober 2012

PERSIAPAN MAJLIS KHATAM QUR'AN


buat bunga telur

 buat bunga rampai
  
bunga rampai yang sudah siap dipotong

Sabtu, 7 Julai 2012

HAPPY BIRTHDAY SYAMIM

sekitar majlis harijadi syamim yg ke 6 tahun

MAJLIS HARI JADI

happy birthday to my son syamim, alhamdulillah... majlis yg dirancang berjalan dgn lancar.
Saya punya penat tk usah cakaplah, dari pagi hingga malam tak rehat, memasak dn mendeko kek bday.  tapi sangat seronok dn puas hati.

Sabtu, 23 Jun 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME



SYUKRAN jazilan ya abusya wa 5 sya.

Ahad, 8 Januari 2012

aktiviti cuti sekolah

amboooooi... lamanya tak update blog, asyik layan fb saja sampai tak terlayan blog.
okey... saya kongsikan di sini antara aktiviti cuti sekolah disember lepas.
antara aktiviti tersebut, saya telah mengadakan kelas masakan utk anak2.





aktiviti cuti sekolah

Rabu, 9 November 2011

Syazwan dalam kenangan


hari Ahad yang lalu genap 3 thn tanpa dirinya di alam nyata. Aku akan tetap bersabar menanti saat itu tiba, saat bersamanya di sana, di alam baqa', insya Allah.


Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesedihan yg kian mencengkam jiwaku
Damailah kau di sana
Di sisi tuhan yg esa.

Selasa, 2 Ogos 2011

SELAMAT BERPUASA

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia. aktiviti hari pertama puasa (cuti awam) menjahit baju raya dan sudah tentulah memasak untuk penyungkaian, hehe.. ini dia menu yang sederhana saja buat berbuka puasa di hari pertama.

manakala ini pula menu sahur (request dari syafiq dan syahrastani)- nasi goreng pattaya

satu lagi menu yang ditunggu2 oleh anak2 bila tiba bulan puasa ialah INDOMEE GORENG kerana hanya pd bulan ini mrk dibenarkan makan indomee goreng. haha... bolehlah dikatakan makanan setahun sekali. anak kecil yang belum puasa pun rajin bangun sahur demi untuk makan indomee goreng.

Ahad, 26 Jun 2011

piknik di hutan

kali pertama memasak di kebun. setelah pondok siap dibina, kami pun mengadakan bbq bersama 4 Sya. selain untuk suka2 makan makan di kebun, tujuan kami juga adalah untuk membiasakan anak2 dengan suasana hutan atau merasakan kpd mereka menjadi "kampung boy".
waaah... sungguh meriah dan riuh sekali, betul2 suasana kampung. Syafiq berusaha cuba untuk mengait kelapa, tapi satu pun tdk berjaya dijatuhkannya, apa yang dia dapat adalah kelapa buruk yang jatuh mengenai kepalanya, aduuuuh... sakiiit...
syafiq juga menebas rumput dgn parang, membakar sampah, bermain kayu dan daun2 hutan dan sebagainya.
walaupun dalam hutan... tapi psp tetap tidak tinggal.. hehe...

acara pertama, membakar untuk sarapan = sosej dan jagung

acara kedua = membakar untuk makan tengahari = ayam. sedapnya makan nasi berlaukkan ayam bbq dan minum air kelapa yang segar baru dipetik dari pohonnya.



acara ketiga = membakar ikan untuk makan malam nanti di rumah, balik rumah tak payah masak le..

Isnin, 20 Jun 2011

MASUK HUTAN

aktiviti hari jumaat atau ahad, masuk hutan, tebas rumput, tanam pokok buah. nanti nanti ada lah jua buah-buahan kan ditunggu.

cara paling senang, bakooo... tapi takut2 jua, sebab seberang jalan ada stesen minyak, paksa dihadkan saja pembakarannya.


setelah macam2 cara digunakan, akhirnya lapang juga sedikit demi sedikit. antara caranya, menghayun parang, racun rumput, mesin pemotong rumput, mesin pemotong pokok dan api.






baru pun seminggu ditinggalkan, sudah panjang rumput, ditambah lagi hujan hari2, makin suburlah rumput2. kali ini nak bina pondok kecil.

haaa ini adalah kaki seorang petani wanita yang sedang berehat sambil tengok you tube maharaja lawak

pondok yang dibina separuh siap. terpaksa dihentikan sebab kehabisan papan. akan disambung lagi minggu hadapan lah...