ummusya

Selasa, 5 Mac 2013

PROJEK LARUT MALAM

bermula dari disember 2012, setiap malam ada sahaja projek yang mesti dilaksanakan.  bermula dengan peraduan menulis cerpen, rencana, skrip drama radio, buku cerita kanak-kanak bergambar (anjuran Pusat Da'wah Islamiah). mudah-mudahan akan mendapat kejayaan, paling kurang pun hadiah saguhati sajalah, berbaloi juga rasanya berjaga hingga larut malam.

Awal 2013, sambung lagi dengan projek menulis esei sempena hari arkib anjuran Jabatan Arkib Negara.  bila membaca syarat-syarat peraduan, wow!  para peserta dibolehkan menyertai lebih dari 1 esei - maka timbullah perasaan tamak di dalam hati ini, ahaaaai!  hari2 yang tinggal sebelum tarikh tutup pun dibilang dan  dicongak, rasanya cukup untuk membuat 5 buah esei.  yaaa itulah target awal - 5 esei. alhamdulillah 2 atau 3 malam telah berjaya menghasilkan 1 esei.  maka target pun tercapai - hamba berjaya menyiapkan 5 esei dalam masa 2 minggu, syukru lillah....

selesai projek esei, tiba2 datang pula tempahan kek bertalu2, macam tau2 saja hamba dah ada masa lapang. rezeki jangan ditolak, hehee...  projek bikin kek yang sudah masuk list: kek marble peanut butter 3 biji, kek cheese 2 biji, kek chocolate moist 3 biji.  kek marble sudah selesai, kek cheese - separuh jalan.  so... malam nanti dan malam2 seterusnya, projek larut malam akan diteruskan. uwaaaa betapa rindunya nak baca novel.  belum ada peluanglah nampaknya untuk merobek balutan plastik novel2 itu.

dalam fikiran, ada 2 lagi peraduan yang ingin disertai, hmmm mudahan teungkayah, aamiiin

sambil melukis sambil tengok drama nora elena d lappy
Bermain warna dgn kek marble peanut butter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan