ummusya

Memaparkan catatan dengan label resipi sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resipi sayur. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mac 2013

SAYUR ALA CARBONARA



cara memasak;
Panaskan butter, cheese.
Masukkan cendawan dlm tin yg dihiris nipis.
Masukkan sos lada hitam, susu segar.
Akhir sekali masukkan brokoli dn garam.


Isnin, 28 November 2011

TERUNG DADAR


terung dipanggang/dibakar hingga lembut, buang kulit. Pecahkan telur dlm piring, campur lada kisar, serbuk lada sulah, garam, gaul sebati. Masukkan terung ke dlm telur, lecek terung menggunakan garfu hingga leper. Gaul dgn telur, goreng di kuali dgn sedikit minyak, siap.

Rabu, 9 November 2011

BAYAM the series

siri 1: Telur Dadar Bayam

ramuannya:
bwg merah, bwg putih, bawang besar (senua dihiris) cili hiris, sosej hiris, daging kisar, bayam, telur, garam, sos cili life.

siri 2: Bayam Spagheti

Cara2nya:
tumis bwg bsar yg dicincang halus, daging kisar, biarkn hingga daging masak. Masukkn sosej hiris, sos tiram, sos tomato, sos cili life, sdikit air, garam. Masukkn bayam. Siap!

Jumaat, 13 Mei 2011

ACAR RAMPAI KARI


bahan-bahannya:
1 biji timun, buang biji, hiris halus
3 ulas bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 batang lobak merah, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
serbuk kari dan sedikit serbuk kunyit yang dicampur dgn air
kismis hitam
kacang kisar (kalau malas nak kisar, beli saja makanan kacang kisar/kacang tutuk)
Garam dan gula secukup rasa
air

cara2nya:
tumis bawang yang dihiris, serbuk kari dan kunyit yang dicampur air. bila sudah pecah minyak, bubuh sedikit air, garam, gula, kismis dan kacang kisar. gaul hingga sebati dan mendidih. TUTUP API, masukkan timun, lobak dan cili merah. gaul sebati. selesai.

Jumaat, 6 Mei 2011

ACAR RAMPAI MENTAH


bahan-bahannya:
1 biji timun, buang biji, hiris halus
3 ulas bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji nenas, hiris kecil
1/2 batang lobak merah, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Cuka makan secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
Satukan semua bahan2, gaul hingga rata. Biarkan 10 - 15 minit dalam peti sejuk sebelum dihidangkan....

Ahad, 6 Februari 2011

Nasi Briyani Ayam Enrico


bahan2:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
40 gram minyak sapi (kali ini ummusya gunakan minyak sapi Enrico, sbb tu namanya nasi briyani enrico)
30 gram rempah briyani (kali ini ummusya gunakan rempah adabi)
secukupnya bawang merah dan bawang putih (dikisar)
kacang jagus digoreng
kismis
pewarna kuning
garam, gula

cara2:
- panaskan minyak sapi dalam periuk nasi elektrik atau periuk biasa.
- tumis bawang kisar dan rempah briyani
- masukkan susu cair, air, garam dan gula. tunggu hingga mendidih sedikit.
- masukkan beras, gaul hingga sebati, tutup periuk
- setelah nasi masak, kaut ke dalam kontena besar, bagi pewarna kuning, kacang jagus dan kismis. gaul rata.

AYAM BRIYANI ENRICO

sekilo ayam
bawang merah, bawang putih dan halia (dikisar)
bawang besar (dihiris)
minyak sapi (guna enrico)
rempah briyani (guna adabi)
serbuk kari(guna baba's)
serbuk kunyit
sedikit sos tiram, garam, gula
susu cair
air

cara2:
panaskan minyak sapi
tumis bawang kisar
masukkan rempah briyani, serbuk kari, serbuk kunyit, sos tiram
masukkan ayam, air
setelah ayam setengah masak, masukkan susu cair, garam, gula, bawang besar
masak hingga pekat. tinggalkan sedikit sahaja kuahnya.

setelah ayam masak, kaut ayam tanpa kuahnya dan digaul dengan nasi briyani tadi.

PACERI NENAS

bahan2:
sebiji nenas masak (dipotong kecil)
bawang merah, bawang putih, halia (dikisar)
3 sekawan (cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
serbuk kari dan serbuk kunyit (campur air)
garam
gula
cili segar dihiris
air

cara2:
- tumis bawang kisar dan 3 sekawan
- masukkan campuran serbuk kari & serbuk kunyit, biarkan seketika hingga pecah minyak
- masukkan air dan nenas
- tambah garam dan gula secukup rasa
- didihkan lebih kurang setengah jam, kalau airnya kurang, bolehlah ditambah lagi. semakin lama dimasak, semakin sedap rasanya.

TO BE CONTINUE.... hehe.......