apabila sesekali melihat barang2 peninggalan anakku syazwan rahimahullah, terdetik dihati untuk membuat catatan ini, sekadar untuk mengabadikan kenangan bersamanya dan berkongsi dgn pengunjung blog ini.
kad ini adalah kenangan 4 tahun yang lalu, lebih kurang setahun lebih sebelum kepergiannya. kad ini dibuatnya di sekolah atas arahan cikgunya, lalu diberikan kepadaku. semasa hayatnya, kad ini sentiasa melekat di dinding pejabatku, bila dia sudah tiada, saya buka dan simpan dalam beg saja.
gambar2 di atas ini pula ialah majalah terakhir yang dibelinya, lebih kurang 6 bulan sebelum pemergiannya, semua isi kandungan majalah itu tentang mama.
tulisan di kertas putih ini pula ceritanya begini...
sehari selepas pemergiannya, saya, abusya dan syafiq (anak sulung) pergi ke pasaraya untuk membeli barang keperluan untuk majlis tahlil, saya dan abusya membeli barang makan di tingkat bawah, manakala syafiq naik ke tingkat atas. sedang sibuk membeli-belah, syafiq turun ke arah kami dan memberitahu bahawa dia terjumpa tulisan syazwan pada kertas putih yang diletak di bahagian barangan alat tulis, iaitu kertas untuk mencuba pen dan pensil. kami pun naik ke atas dan melihat sendiri kertas tersebut, kebetulan pada kertas itu hanya tulisannya dan tulisan syafiq sahaja yang ada, tidak ada tulisan orang lain. lalu saya pun meminta kertas itu daripada jurujual yang bertugas di sana dengan menceritakan kisah sebenar. mereka terdiam mendengar ceritaku dan membenarkan aku mengambil kertas itu. rupa-rupanya tulisan itu ditulis oleh mereka berdua ketika kami ke pasaraya itu sebelum pemergiannya. "syazwan and mama" syazwan... kau memang anak mama...
Guna steroid baru badan jadi ??
16 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan