ummusya

Isnin, 28 November 2011

TERUNG DADAR


terung dipanggang/dibakar hingga lembut, buang kulit. Pecahkan telur dlm piring, campur lada kisar, serbuk lada sulah, garam, gaul sebati. Masukkan terung ke dlm telur, lecek terung menggunakan garfu hingga leper. Gaul dgn telur, goreng di kuali dgn sedikit minyak, siap.

Rabu, 23 November 2011

LAMB CHOP


bhn utk perapan daging kambing:
sos tiram, sos bbq, grm, serbuk lada htm, madu, sos cili dn sos tomato life. Masak dlm oven atau atas api.

bhn utk sos/kuah:
sos tiram, sos bbq, serbuk lada htm, grm, air. Masak atas api.

bhn sampingan: goreng ubi kentang, rebus

Jumaat, 11 November 2011

AYAM GORENG BEREMPAH


BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam
4 sudu tepung gandum
1 sudu gula
2 biji telur
2 sudu lada sulah
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
2 sudu ketumbar
2 sudu lada kisar
garam secukup rasa
segenggam daun kari

satukn semua bhn, gaul, masukkn ayam, gaul, goreng...

Rabu, 9 November 2011

Syazwan dalam kenangan


hari Ahad yang lalu genap 3 thn tanpa dirinya di alam nyata. Aku akan tetap bersabar menanti saat itu tiba, saat bersamanya di sana, di alam baqa', insya Allah.


Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesedihan yg kian mencengkam jiwaku
Damailah kau di sana
Di sisi tuhan yg esa.

BAYAM the series

siri 1: Telur Dadar Bayam

ramuannya:
bwg merah, bwg putih, bawang besar (senua dihiris) cili hiris, sosej hiris, daging kisar, bayam, telur, garam, sos cili life.

siri 2: Bayam Spagheti

Cara2nya:
tumis bwg bsar yg dicincang halus, daging kisar, biarkn hingga daging masak. Masukkn sosej hiris, sos tiram, sos tomato, sos cili life, sdikit air, garam. Masukkn bayam. Siap!

Jumaat, 4 November 2011

APAM DOT DOT NUTELLA



sumber: Blog Hana
Bahan-bahan:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalete
nutella secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

Cara-cara:
Masukkan semua bahan apam kecuali nutella dan pewarna ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan nutella secukupnya.
Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE:

Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

***Satu lagi kena balut tutup kukusan.