ummusya

Ahad, 27 Februari 2011

KEK MARBLE PEANUT BUTTER



Bahan-bahan:

200g butter
200g gula
4 biji telur
200g tepung naik sendiri
2 sudu makan peanut butter
3 jenis pewarna atau lebih drpd 3

Cara-cara:

Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur, pukul lagi.
Masukkan tepung, gaul hingga sebati.
Masukkan peanut butter, gaul hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, dan bubuh pewarna.
Panaskan oven selama 10 – 15 minit dengan kepanasan 160 darjah selsius.
Gunakan takir 8” x 8”. Lapis adunan 3 warna tadi selapis-selapis sehingga habis, setiap lapis sebanyak 3-4 sudu makan.
Bakar selama 1 jam.

1 ulasan: