ummusya

Sabtu, 30 Oktober 2010

KACANG JAGUS BEREMPAH


resipi ini adalah hasil gabungan 2 resipi. ummusya ubahsuai ambil yang perlu dan kurangkan itu, lebihkan ini, maka inilah hasilnya.

BAHAN-BAHAN:
1 kg kacang jagus
5 sudu tepung gandum
4 sudu gula
3 biji telur
2 sudu lada sulah
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
2 sudu ketumbar
1 sudu lada kisar
sedikit garam (secukup rasa)
segenggam daun kari

CARA-CARA:
gaul semua bahan kecuali kacang jagus. setelah semua bahan sebati, barulah masukkan kacang jagus. goreng atas api yang perlahan hingga masak.

selain, kacang jagus, kacang tanah pun boleh juga, tapi kacang jagus lebih sedap.

kacang yang digaul sebelum digoreng


kacang tanah berempah yang sudah masak

HIKMAH DI SEBALIK IBADAH KORBAN

Muslimin yang dirahmati Allah,
MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menhadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Sekarang kita sudah berada dalam suasana musim haji dan beberapa minggu lagi kita akan meraikan Haru Raya Haji yang juga dikenali Hari Raya Korban kerana umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban pada hari tersebut dengan menyembelih binatang ternakan iaitu unta, lembu, kerbau dan kambing sebagai tanda syiar agama Islam.

Menyembelih korban adalah amalan yang disukai oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan hukumnya sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut oleh Islam. Ini dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis maksudnya :

"Dari Aisyah Radiallahu Anha bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tiada dibuat oleh anak Adam akan sesuatu amal pada Hari Raya Adha yang lebih disukai oleh Allah dari menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengembil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Sesungguhnya amalan menyembelih korban itu sebagai bukti keikhlasan dan ketakwaan kita ke atas perintah Allah Subhanahu Wata'ala. Ini jelas sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Haj ayat 37 tafsirnya :

"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu".

Muslimin yang dirahmati Allah,
Sebagai manusia sememangnya tidak luput dari melakukan kesilapan dan dosa yang kadang-kadang menyebabkan kita jauh dari Allah Subhanahu Wata'ala tetapi dengan rahmat dan sifat kasih dan sayang Allah Subhanahu Wata'ala kepada hamba-hamba-Nya, memberikan banyak jalan yang boleh mendekatkan diri kepada-Nya. Salah satu jalan tersebut ialah dengan melakukan ibadat korban.

Ketahuilah, melakukan ibadat korban itu mempunyai banyak hikmat, di antaranya ialah :

Pertama : Mengambil iktibar dan pengajaran tentang erti ketaatan kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Hal ini telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail Alahimassalam yang sanggup berkorban dalam menjunjung perintah Allah Subhanahu Wata'ala.

Kedua : Memupuk sikap pemedulian dan keprihatinan terhadap masyarakat. Ini jelas melalui pengagihan daging-daging korban kepada yang berhak menerimanya khususnya kepada para fakir miskin.

Ketiga : Melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata'ala terhadap nikmat hidup rezeki yang telah dikurniakan-Nya.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Haj ayat 34 tafsirnya :

"Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan korban sampai mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka".

Keempat : Menyemai dan menanamkan sifat murni ke dalam diri dengan mencontohi kesabaran dan ketabahan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihimassalam.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Adapun waktu menyembelih binatang korban ialah selepas naik matahari pada Hari Raya Adha iaitu setelah selesai sembahyang sunat Hari Raya Adha pada 10 Zulhijjah sehingga terbenam matahari akhir hari Tasyrik iaitu hari ke-13 Zulhijjah. Jika ibadat korban dilakukan sebelum dan selepas waktu tersebut, maka tidaklah dikira ibadat korban, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Al-Barahi bin Hazib dia berkata : Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : Bahawa yang mula-mula kami lakukan pada hari ini (Hari Raya Adha), kami sembahyang, kemudian kami balik ke rumah, selepas itu kami menyembelih korban, maka siapa yang membuat seperti yang demikian maka dia memperolehi sunat (ibadat) kami dan siapa yang menyembelih sebelum sembahyang, maka yang demikian itu hanyalah daging biasa yang dibahagi-bahagikan kepada keluarga, bukanlah yang demikian itu termasuk dalam ibadat korban". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Memandangkan ibadat korban itu mempunyai kelebihan dan masa yang tertentu, maka bagi mereka yang berkemampuan dan dilimpahi rezeki oleh Allah Subhanahu Wata'ala janganlah melepaskan peluang untuk melakukan ibadat korban kerana ibadat ini sangat dituntut dan tinggi nilainya di sisi Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadis maksudnya :

"Dari Zaid bin Arqam Radiallahu Anhu dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya : Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Jawab Rasulullah : Ia adalah sunat bapa kamu, Ibrahim. Mereka bertanya : Apa yang kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya". (Riwayat Al-Imam Ibnu Maajah)

Akhirnya, marilah sama-sama kita mengingati semula kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail Alaihimassalam untuk meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Dan marilah kita beramai-ramai melakukan ibadat korban ini bagi yang berkemampuan. Kita berdoa semoga ibadat korban yang kita lakukan akan mendapat ganjaran pahala dan kebajikan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al Kautsar ayat 1-3 tafsirnya :

"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu wahai Muhammad kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus dari mendapat sebarang perkara yang diingininya".

sungguh beruntung mereka yang menunaikan fardu haji

Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Kita sekarang telah berada di bulan Zulkaedah dan tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Zulhijjah, bulan dimana umat Islam yang berkemampuan akan berpeluang mengerjakan Rukun Islam yang ke-lima iaitu ibadah haji. Begitulah juga di Negara Brunei Darussalam, insya-Allah bakal jemaah haji akan berpeluang menunaikan ibadat haji dan mereka akan mula berangkat secara berjadual meninggalkan tanah air menuju ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah bagi mengunjungi Baitullah Al-Haram untuk menunaikan tuntutan ibadah haji. Kita berharap bakal jemaah haji telah membuat persediaan awal dari segi fizikal, mental dan mengetahui panduan yang berhubungkait dengan ibadah haji atau dikenali sebagai manasik haji.

Ibadah haji adalah diwajibkan ke atas umat Islam yang berkemampuan dan memenuhi syarat-syaratnya untuk mengerjakannya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ali 'Imran ayat 97 tafsirnya :

"Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji ke Baitullah iaitu bagi sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa mengingkari kewajipan ibadat haji maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dari sekelian alam".

Di dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa umat Islam yang akan menunaikan ibadat haji itu hendaklah berkuasa atau berkemampuan. Apa yang dimaksudkan dengan berkuasa atau berkemampuan itu ialah bakal jemaah haji hendaklah mempunyai kewangan yang mencukupi, memastikan tubuh badan sihat dan perjalanan pergi balik ketika mengerjakan ibadat haji dalam keadaan selamat. Berkemampuan bukan setakat bererti mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk dirinya semasa menunaikan fardhu haji sahaja bahkan juga hendaklah berkemampuan untuk menyediakan nafkah dan perbelanjaan yang cukup untuk sara hidup bagi orang-orang dibawah tanggungannya yang ditinggalkan. Inilah erti pengorbanan yang harus dihadapi oleh para jemaah yang hendak menunaikan ibadat haji, mereka bukan sahaja perlu membelanjakan wang yang banyak, malahan juga turut berkorban masa dan tenaga serta perasaan kerana meninggalkan keluarga semata-mata untuk melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata'ala sebagai tanda taat, syukur dan cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala jua.

Untuk itu bagi mereka yang telah sempurna syarat-syarat untuk mengerjakan ibadat haji, hendaklah mereka menyegerakan tanggungjawab tersebut. Apatah lagi Islam sangat menggalakkan umatnya bersegera dalam membuat amal kebajikan lebih-lebih lagi ibadat yang dituntut dan diwajibkan. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ali 'Imran ayat 133 tafsirnya :

"Dan bersegeralah kamu mengerjakan amal kebajikan untuk membawa kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa".

Muslimin yang dirahmati Allah,
Allah Subhanahu Wata'ala mewajibkan sesuatu ibadat itu kepada hamba-hamba-Nya setentunya mempunyai hikmah dan ada ganjarannya. Begitu juga ibadah haji. Sesungguhnya ganjaran bagi orang yang mengerjakan ibadah haji itu sangat banyak maka alangkah beruntungnya mereka yang dapat melaksanakan ibadat tersebut khususnya kepada saudara-saudara kita yang akan mengerjakan haji pada tahun ini. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Dari Abi Hurairah Radiallahu Anhu ia berkata : Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang mengerjakan haji ke Baitullah dan tidak melakukan perkara-perkara keji dan tidak berbuat fasik, maka dia suci daripada dosa-dosanya seolah-olah dia kembali pada hari dia dilahirkan oleh ibunya".

Dari hadis itu telah menjelaskan betapa Allah Subhanahu Wata'ala telah menjanjikan ganjaran yang sangat tinggi nilainya, siapakah yang tidak mahu dirinya suci dari dosa seumpama anak damit yang baru lahir? Sudah tentu setiap orang mahukan dirinya bersih dan suci dari segala dosa. Oleh itu jika kita mahu memperolehi ganjaran tersebut, ibadah haji hendaklah dikerjakan dengan tulus ikhlas, bersungguh-sungguh dan berhati-hati agar ibadat haji yang dikerjakan itu mendapat haji yang mabrur dan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya haji yang mabrur itu ganjarannya adalah syurga, tempat yang penuh dengan kenikmatan dan kebahagiaan, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abi Hurairah Radiallahu Anhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dan haji yang mabrur itu yakni yang diterima itu tiada balasan baginya selain syurga".

Memang tidak dinafikan semua orang yang mengerjakan ibadat haji itu mahu mendapatkan haji yang mabrur. Justeru para bakal jemaah haji hendaklah melaksanakan rukun-rukun dan wajib-wajib serta sunat-sunat haji itu dengan sempurna. Selain itu para bakal jemaah haji janganlah sekali-kali mengabaikan ibadat-ibadat yang wajib seperti ibadat sembahyang fardhu lima waktu hendaklah ditunaikan dalam waktunya, walaupun pada ketika itu para jemaah haji sedang sibuk dan penat melakukan ibadat-ibadat dan munasik haji. Di samping itu mereka juga hendaklah memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti mengerjakan sembahyang sunat rawatib, membaca Al-Quran, memperbanyakkan tawaf sunat, berdoa, berzikir, berselawat, beriktikaf dan bersedekah. Apa yang penting mereka hendaklah juga memelihara diri dari melakukan sebarang perbuatan berdosa seperti memelihara lidah, menjaga pandangan mata, menjaga kelakuan dan tingkah laku. Para jemaah juga hendaklah menjauhi dari melakukan perkara-perkara karut atau khurafat yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Meskipun pada masa ini perkara khurafat semakin tidak lagi kedengaran dilakukan oleh para jemaah haji kita, namun kita hendaklah sentiasa saling beringat agar para jemaah tidak terpedaya atau terpengaruh oleh hasutan syaitan untuk melakukan apa pun jua perbuatan khurafat kerana perbuatan sedemikian bukan sahaja boleh menjejaskan ibadah haji malahan juga boleh menjejaskan akidah seseorang.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Apabila berada di Tanah Suci nanti, sememangnya para bakal jemaah haji akan menghadapi banyak kesulitan dan rintangan. Mungkin ada diantara mereka yang akan menghadapi kepayahan dan kesukaran kerana tidak biasa dengan keadaan bersesak-sesak dan berhimpit-himpit ataupun merasa kurang selesa kerana kemudahan yang tidak mencukupi, ataupun terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah yang timbul antaranya masalah kesesakan jalan raya seperti perjalanan menuju daripada Arafah ke Mina ataupun menunggu ketibaan kenderaan pengangkutan yang terlalu lama ataupun terpaksa menghadapi karenah-karenah orang di sekeliling yang pelbagai ragam yang mungkin tidak menyenangkan hati dan sebagainya. Maka dalam menghadapi kesulitan dan rintangan tersebut, para jemaah haji hendaklah menghadapinya dengan tabah, sabar dan redha serta memperbanyakkan doa dan zikir supaya hati menjadi tenang dan tenteram. Peliharalah diri dari bersifat marah, mengeluh atau merungut dalam menghadapi apa jua kesukaran atau ketidak selesaan ketika berada di Tanah Suci nanti. Semua ini hendaklah diterima sebagai ujian dan dugaan yang perlu dihadapi dalam usaha untuk mendapatkan haji yang mabrur sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Ahli Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita bersyukur dan merasa gembira dengan saudara-saudara kita yang berpeluang dan beruntung untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun ini. Semoga kesempatan yang diperolehi tidak disia-siakan bahkan akan dilaksanakan dengan bersunguh-sungguh. Kita berharap bagi umat Islam yang belum berkesempatan menunaikan fardhu haji pada tahun ini akan berazam dan bertekad untuk mengerjakan tuntutan haji pada masa hadapan dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala jua.

Akhirnya marilah kita mendoakan semoga para bakal jemaah haji, khasnya jemaah haji Negara Brunei Darussalam akan sentiasa beroleh keselamatan dan kesihatan yang baik serta dapat mengerjakan wajib-wajib haji dan munasik haji dengan sempurna dan seterusnya semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair dengan memperolehi haji yang mabrur. Amin Ya Rabbal Alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Haj ayat 27-28 tafsirnya :

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ( ke Baitullah ) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan dan ceruk rantau yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu kerana pengurniaannya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban, dengan yang demikian makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin".

Selasa, 26 Oktober 2010

Roti Brother John


bahan-bahan:
roti kosong panjang (khas untuk roti john)
butter
telur
daging kisar
sedikit sayur hiris/sayur campur
garam
mayonis
sos cili

cara-cara:
telur, daging kisar, sayur dan garam digaul dalam satu mangkuk. roti dibelah dua. panaskan kuali leper, sapu butter di kuali. tuang campuran telur atas kuali, tunggu sehingga separuh masak. telangkupkan roti yang sudah dibelah ke atas telur tadi. tekan-tekan roti dengan sudip khas agar telur melekat pada roti. bila telur sudah nampak kering, bolehlah diangkat. sapu mayonis dan sos cili ke atas telur, kemudian tutup. bolehlah dipotong untuk dihidangkan.

Ahad, 24 Oktober 2010

hari jadi ahli lajnah

hari raya yang lepas, seorang lagi ahli lajnah hari jadi. masa tu masih sibuk mengunjungi jemputan hari raya waktu tengahari, so tak ada jamuan dan sambutan di pejabat. ummusya berikan saja kek harijadi ke tangan orang yang harijadi untuk dibawa pulang.

kali ini ummusya hadiahkan kek muffin

kerepek pisang


bahan-bahan:

pisang yang belum masak (hampir2 masak)
minyak masak
icing sugar
garam
air

cara-caranya:
kupas pisang dan rendam dalam air + garam. hiris pisang nipis-nipis. panaskan minyak dalam kuali. setelah minyak panas, masukkan pisang yang telah dihiris.
goreng dengan minyak yang banyak

goreng dengan api yang perlahan untuk mendapatkan kerepek yang rangup dan tidak hangus. setelah kerepek masak, toskan minyaknya dan gaul dengan icing sugar.

Sabtu, 23 Oktober 2010

tahniah!


tahniah, congratulation, mabruk kepada penerima-penerima pingat di istana hari ini.

Jumaat, 22 Oktober 2010

selamat menunaikan fardu haji


penerbangan bakal jemaah haji dan hajah telah bermula. selamat menunaikan fardu haji, selamat pergi dan selamat kembali, semoga beroleh haji yang mabrur. aaamiiin....

Isnin, 18 Oktober 2010

hari jadi ahli lajnah

pada bulan ramadan yang lalu, seorang ahli lajnah harijadi yang jatuh pada hari isnin. kebetulan kami mengadakan lajnah pada mingu itu juga hari isnin. selajur tah menyambut harijadinya.

biasalah... lajnah pada bulan ramadan, mana ada order catering. ummusya hadiahkan saja semua ahli lajnah sekontena seorang kek coklat super moist.



birthday boy dapat special sikit, dapat 2 kontena basar sikit.

oleh sebab tak dapat potong kek, posing dengan kek sajalah


sadang-sadang ulah atu napi...

fuuh... legaa...

barulah boleh bernafas seperti biasa, tak sangkut-sangkut. minggu ini barulah boleh duduk sepanjang hari di pejabat. selama 2 minggu sibuk dengan urusan bas belia mabims siang dan malam, ditambah lagi dengan kesibukan urusan keluarga, anak exam dan sebagainya. kalau orang bekain, "inda lagi tekain-kain". mun sudah inda tekain-kain atu, sadang sudah sibuknya tu. hantap sudah tu..

masa sudah boleh benafas ani tah baru kan mula mengupdate segala aktiviti dan resipi bulan ramadan dan syawal yang lalu.

hindari diri dari meminta-minta

Muslimin yang dirahmati Allah,
MARILAH kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan,dengan melakukan segala suruhan-Nya, dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Allah Subhanahu Wata'ala telah menyediakan dan menetapkan rezeki kepada sekelian makhluknya, namun kadar rezeki yang diberikan Allah itu adalah berbeza-beza, ada yang dilimpahi dengan rezeki yang banyak, ada yang sederhana dan ada pula yang kurang sehingga tidak mencukupi untuk untuk menampung keperluan yang dikehendaki. Walau bagaimanapun semua itu adalah kehendak dan ketentuan Allah Subhanahu Wataala yang sudah setentunya mempunyai hikmah yang tersirat, yang hanya diketahui oleh Allah Subhanahu Wataala jua. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah As-Syura ayat 27:

Tafsirnya:
"Dalam hubungan ini, barangsiapa yang telah dikurniakan Allah rezeki yang banyak, mereka hendaklah sentiasa bersyukur dan memanfaatkan rezeki tersebut dengan sebaik-baiknya. Manakala barangsiapa yang ditakdirkan Allah dengan rezeki yang sedikit, janganlah menyalahkan takdir Allah semata-mata dan mereka juga hendaklah sentiasa bersyukur dan tetap terus berusaha mencari rezeki serta tidak berputus-asa."

Ahli jemaah sekalian,
Sebagai umat islam kita hendaklah sentiasa berusaha mencari rezeki bagi memenuhi tuntutan dan keperluan kehidupan samada untuk diri sendiri mahupun orang yang dibawah tanggungan kita. Kita menyedari bahawa kos sara hidup pada masa ini adalah tinggi dan memerlukan perbelanjaan yang banyak, seperti keperluan tempat tinggal, makan minum, pakaian, pengangkutan, sekolah dan sebagainya. Perkara ini sudah tentu sedikit sebanyak menyebabkan golongan berpendapatan rendah lebih-lebih lagi bagi golongan fakir dan miskin merasa sukar untuk memenuhi kesemua keperluan diri sendiri, keluarga dan orang yang dibawah tanggungan mereka. Dalam hal sedemikian mereka hendaklah tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal, tidak berputus-asa dan sentiasa bersabar, sentiasa bersyukur dengan apa yang diterima dan seterusnya mengamalkan kesederhanaan dan berjimat-cermat. Sebenarnya itulah diantara tindakkan orang yang bijak. Ini kerana walaupun seseorang itu mempunyai wang yang banyak namun jika dia tidak bersyukur, suka berbelanja dengan boros dan tidak berjimat-cermat, maka berapa banyak pun wang yang dimiliki, dia tidak akan pernah merasa cukup, malahan terdapat pula sebilangan mereka yang sanggup meminta-minta bantuan kewangan ataupun berhutang keliling pinggang semata-mata memenuhi keinginan hawa nafsu.

Kita ambilah iktibar dari kisah dalam sebuah hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang menceritakan berkenaan Hakim bin Hizam yang sering meminta-minta kepada baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam. Setiap kali dia meminta kepada Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam, baginda akan memberikannya. Namun setelah tiga kali dia datang meminta, baginda pun bersabda:

Wahai Hakim, sesungguhnya harta dunia ini memang indah dan manis, barangsiapa yang mengambil harta dunia dengan hati yang lapang yakni tidak bercampur dengan sifat ketamakan, nescaya akan dilimpahkan keberkatan dalam hartanya itu, tetapi barangsiapa yang mengambil harta dunia dengan ketamakan, pasti tidak akan ada keberkatan dalam harta yang diperolehinya itu. Orang yang sedemikian ini adalah ibarat orang yang makan dan tidak pernah kenyang perutnya. Tangan yang diatas yakni yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang dibawah yakni yang menerima pemberian.

Setelah Hakim mendengar akan teguran dan nasihat Rasullulah Salallahu Alaihi Wassalam berkenaan sikapnya yang suka meminta-minta, beliau semenjak dari saat itu tidak lagi pernah meminta-minta kepada sesiapa pun meskipun dia berada dalam kekurangan. Inilah sikap terpuji yang patut dicontohi oleh kita semua. Janganlah kita menjadikan sebab kekurangan hasil pendapatan sebagai alasan untuk meminta-minta bantuan semata-mata bagi memenuhi keperluan hidup yang tidak mencukupi.

Namun apa yang menyedihkan pada masa ini terdapat sebilangan orang? yang meminta-minta wang kerumah-rumah keluarga, jiran atau rakan-rakan, ataupun kerumah orang yang tidak dikenali, ada juga diantara mereka meminta-minta kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan kewangan, dan lebih mendukacitakan terdapat juga segelintir orang yang tanpa segan silu meminta-minta wang daripada orang ramai ditempat-tempat awam seperti dikompleks membeli-belah, restoran atau seumpamanya dengan alasan bahawa hasil pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi bagi menampung keperluan hidup.

Ketahuilah bahawa agama islam melarang umatnya dari perbuatan meminta-minta. Walaupun seseorang itu ditakdirkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk menjadi orang miskin atau fakir, namun mereka tetap tidak digalakkan untuk meminta-minta. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam:

Maksudnya:

"Dari Amran bin Husin berkata: Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam bersabda: sesungguhnya Allah menyayangi hambanya yang beriman yang miskin, yang tidak suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai anak yang ramai". (Riwayat Imam Ibni Majah)

Renunglah, betapa orang miskin lagi tidak digalakkan meminta-minta, apatah lagi orang yang berkemampuan. Sebagai hamba Allah kita hendaklah sentiasa bersyukur dan redha keatas rezeki yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala. Allah telah melarang kita dari bersifat tamak dan haloba kepada harta benda sehingga sanggup mencari harta dengan meminta-minta. Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam ada bersabda akan akibat orang yang meminta-minta sebagaimana hadisnya riwayat Imam Al-Bukhari dari Abdullah bin Umar Radhi Allahu Anhuma berkata bahawa telah bersabda Rasullulah Salallahu? Alaihi Wassalam:

Maksudnya:

"Seseorang yang terus-menerus meminta-minta kepada orang ramai, sehingga nantinya ia akan datang pada hari kiamat dengan wajahnya yang hanya tinggal tulang, tidak ada lagi daging padanya".

Ahli jemaah sekelian,
Walaupun pada dasarnya perbuatan meminta-minta itu haram dan dilarang oleh agama, namun jika timbul sesuatu darurat atau keadaan terpaksa, maka ia menjadi harus. Adapun yang dimaksudkan dengan keadaan terpaksa atau darurat ialah seperti orang yang lapar meminta makanan untuk mengisi perutnya kerana dia bimbang kalau tidak makan dengan segera, mungkin dia jatuh sakit atau mati. Begitu juga orang yang tidak mempunyai sebarang pakaian, terpaksa meminta pakaian bagi menutup auratnya. Hal-hal seperti ini mengharuskan seseorang itu meminta kepada oranglain, selama mana si peminta itu tidak berkuasa atau mampu membuat sebarang pekerjaan untuk menyara keperluannya. Akan tetapi jika dia berupaya untuk bekerja tetapi dia malas atau tidak mahu berusaha, maka tidaklah diharuskan ia meminta-minta daripada oranglain.

Ingatlah pesan Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam bahawa orang yang bekerja mencari rezeki itu walaupun hasilnya hanya sedikit, itu adalah lebih baik dari perbuatan meminta-minta. Sebagaimana hadisnya yang diriwayatkan dari Al-Zubir bin Al-Awwam Radi Allahuanha, dari Nabi Salallahu Alaihi Wassalam, baginda bersabda:

Maksudnya:

"Sekiranya salah seorang dari kamu membawa tali lalu pergi kebukit untuk mencari kayu, kemudian ia pikul kayu tersebut kepasar untuk menjualnya demi menjaga kehormatannya, yang demikian itu adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, baik diberi mahupun ditolak". (Riwayat Al-Imam Bukhari)

Muslimin yang dirahmati Allah,
Kita sebagai umat islam hendaklah mengelakkan diri daripada perbuatan meminta-minta. Sesungguhnya perbuatan meminta-minta tanpa sebab yang mengharuskan itu hanya menjatuhkan maruahnya dan menjejaskan imej dirinya. Malahan perbuatan meminta-minta hanya akan mencerminkan sikap yang negatif dalam masyarakat iaitu sentiasa bergantung kepada ihsan dan bantuan orang ramai atau pihak tertentu. Sebagai umat Islam, kita hendaklah rajin berusaha dan bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal serta sentiasa bersyukur, sabar dan redha dengan apa jua kurnia dan pemberian Allah Subhanahu Wata'ala. Sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala memurahkan dan memperbanyakkan rezeki keatas kita semua. Amin Yarrabal Alamin.

Tafsirnya:

"Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya, dan ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki".

KEPENTINGAN MENDENGAR KHUTBAH

Muslimin yang dirahmati Allah,
MARILAH kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menhadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Hari jumaat merupakan hari yang sangat istimewa bagi umat Islam, hari yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan, pada hari jumaat inilah kaum muslimin tidak kira bangsa, pangkat ataupun rupa berkumpul untuk mengerjakan sembahyang jumaat. Sembahyang jumaat bukan sahaja berbentuk ibadah seseorang mukmin kepada Tuhanya, bahkan juga merupakan suatu perhimpunan mingguan yang memberikan manfaat yang amat besar kepada seluruh umat Islam untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya sembahyang jumaat mempunyai berbagai keistimewaan yang menyebabkannya wajib untuk dilaksanakan secara berjemaah oleh setiap umat Islam yang mencukupi syarat-syaratnya.

Memandangkan betapa pentingnya kewajipan sembahyang fardhu jumaat, Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam amat mengambil berat terhadapnya sehingga baginda telah memberikan amaran keras kepada mereka yang mengabaikan dan mencuaikan sembahyang fardhu jumaat, sebagai mana sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam maksudnya:

"Dari Abi Ja'at Dhamri katanya: Telah bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasalam: Barangsiapa secara mudah meninggalkan sembahyang jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah Subhanahu Wata'ala akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran" (Riwayat Al-Imam Ibni Majah)

Bagi mencapai matlamat agar sembahyang fardhu jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya, Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam telah mengariskan beberapa panduan yang sebaik-baiknya dilakukan oleh setiap umat Islam, antaranya kita disunatkan datang awal ke masjid dan mendapatkan saf yang pertama atau saf yang paling hadapan dan mengisi masa di dalam masjid dengan beriktikaf, membaca Al-Qur'an, berzikir, mengerjakan sembahyang sunat dan memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Khutbah pada hari jumaat adalah cara terbaik untuk menyampaikan maklumat, peringatan serta mesej-mesej akhrawi dan duniawi kepada masyarakat Islam. Khutbah adalah salah satu daripada lima syarat sah sembahyang jumaat. Sungguhpun betapa besarnya peranannya khutbah jumaat itu, terdapat sebilangan orang yang tidak begitu mengindahkan khutbah sehingga ada di antara mereka yang masih bercakap-cakap, mengunakan telefon bimbit, membaca surat khabar, dan tidak kurang juga ada yang masih melepak di luar masjid sambil merokok ketika khutbah jumaat disampaikan. Manakala terdapat pula sebilangan jemaah sibuk melakukan ibadah lain seperti membaca Al-Qur'an, berzikir dan sebagainya.

Adalah disunatkan kepada jemaah untuk diam dan mendengar khutbah dan makruh bagi mereka berkata-kata, sebagaimana hadith Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam maksudnya:

"Dari Abu Hurairah Radiallahu Anha, sesungguhnya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Jika engkau mengatakan kepada sahabatmu pada hari jumaat: "Dengarkanlah (khutbah)", pada hal imam pada waktu itu sedang berkhutbah, maka sesungguhnya engkau benar-benar telah berkata sia-sia". (Riwayat Al-Imam Bukhari)

Adapun maksud sia-sia itu ialah bertentangan dengan sunah dan adab serta mengakibatkan tidak sempurna sembahyang jumaatnya walaupun sembahyangnya masih dikira sah. Akan tetapi tidak menjadi kesalahan keatas orang yang mendengar khutbah itu berkata-kata jika terdapat darurat, seperti ingin menyelamat orang buta hampir terjatuh ke dalam parit atau ternampak binatang berbisa seperti kala jengking atau ular menghampiri seseorang. Dalam hal seperti ini tidaklah dilarang orang yang mendengar khutbah itu berkata-kata, bahkah wajib baginya melakukan demikian. Akan tetapi lebih baik (sunat) baginya untuk mengunakan isyarat sahaja jika dia mampu mengelak daripada berkata-kata.

Sidang jemaah yang berbahagia,
Berdasarkan penjelasan tadi, para jemaah adalah dikehendaki memberi tumpuan sepenuh hati serta seluruh anggota tubuh badan terhadap khutbah yang disampaikan. Sedangkan perbuatan ibadat seperti membaca al-quran, berzikir dan seumpamanya pun dimakruhkan bagi orang yang dapat mendengar khutbah, apatah lagi berbual-bual atau bermain-main telefon bimbit. Bahkan sekecil-kecil perbuatan yang boleh menganggu tumpuan terhadap khutbah itu pun sudah dikira melakukan suatu perbuatan yang sia-sia yang akan mengakibatkan kerugian pahala dan kelebihan-kelebihan sembahyang jumaat.

Rasulullah Sallahu Allahi? Wasalam menjelaskan dalam sebuah hadis maksudnya:

Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anha katanya: Nabi Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Siapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhu, kemudian dia pergi kemasjid menunaikan sembahyang jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap ketika khutbah disampaikan, maka diampunkan dosa-dosanya yang diantara jumaat itu dan hari jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu ketika khutbah, maka dia telah berbuat sia-sia. (Riwayat Al-Imam Muslim)

Oleh itu, sewajarnyalah para jemaah itu menumpukan sepenuh perhatian terhadap khutbah yang disampaikan kerana selain daripada mengambil manfaat dan iktibar daripadanya, khutbah juga sangat berkait rapat dengan kesempurnaan sembahyang jumaat seseorang. Sesungguhnya pengabaian terhadap khutbah adalah menyerupai dengan pengabaian terhadap bacaan al-quran kerana salah satu dari rukun khutbah adalah membaca al-quran. Justru itu, apabila ayat al-quran atau khutbah dibacakan, maka hendaklah kita diam dan menumpukan perhatian terhadapnya.

Perlu diingat, bagi mereka yang membawa anak-anak kemasjid, hendaklah sentiasa menasihati dan mengingatkan anak-anak untuk menjaga tingkah-laku dan adab ketika berada didalam masjid, lebih-lebih lagi ketika menunaikan sembahyang dan ketika khutbah disampaikan. Pastikan anak-anak duduk disisi orang yang membawanya, bukannya dibiarkan anak-anak duduk berjauhan dibelakang. Ini akan mengakibatkan anak-anak tersebut akan bermain-main dan membuat bising. Janganlah kita beranggapan bahawa kanak-kanak yang belum baligh dan belum berkhatan yang berada didalam saf orang lelaki dewasa itu merosakkan saf atau menghilangkan fadhilat sembahyang berjemaah. Menurut qaul yang muktamad, jika kanak-kanak lelaki mendahului orang-orang yang baligh disaf yang pertama, tiada boleh bagi orang-orang yang baligh itu mengeluarkan mereka dari saf yang pertama itu.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Bagi mendapatkan kesempurnaan sembahyang fardhu jumaat, para jemaah hendaklah berada dimasjid ketika khutbah dibacakan dan menumpukan sepenuh perhatian kepada khutbah tersebut. Elakkanlah dari lewat hadir kemasjid yang menyebabkan langsung tidak mendengar khutbah.

Sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan kesempurnaan sembahyang fardhu jumaat dan semoga Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan rahmat, taufik dan hidayahnya kepada kita semua. Amin Ya Rabal Alamin.

Tafsirnya:

"Dan apabila al-quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya supaya kamu beroleh rahmat".

"Bersatu Padu Kearah Mencapai Wawasan Brunei 2035".

Muslimin yang dirahmati Allah,
MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menhadi insane yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana menjadikan kita sebagai rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang aman, damai dan tenteram, jauh dari kacau bilau dan sebagainya. Semua ini adalah berkat dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala di atas segala usaha kita lakukan dalam memajukan dan menstabilkan keamanan negara ini, lebih-lebih lagi jentera pengeraknya adalah kerajaan atau lebih dikenali sebagai perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam adalah institusi penting yang berperanan sebagai jentera pengerak bukan sahaja bagi program-program pembangunan bahkan juga segala dasar dan peraturan kerajaan bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Oleh sebab itu, semua warga perkhidmatan awam yang diberi mandat untuk memegang satu-satu jawatan dalam kerajaan, mestilah memikulnya dengan penuh rasa tanggungjawab kerana merupakan amanah yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada kita. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wata'ala di dalam surah An-Anfal ayat 27 tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui salahnya"

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Antara amanah yang mesti dijaga oleh warga perkhidmatan awam ialah mengamalkan rukun akhlak dan etika kerja perkhidmatan awam di man bertujuan untuk mengawal tingkah laku perkhidmatan awam yang telah digariskan oleh pihak kerajaan untuk diamalkan dalam pekerjaan sehari-hari. Rukun akhlak dan etika kerja perkhidmatan awam adalah bertujuan untuk mengawal tingkah laku pegawai dan kakitangan awam supaya mereka dapat mengunakan pengetahuan kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Di samping itu, rukun akhlak dan etika kerja perkhidmatan awam juga mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pengurusan dan merupakan ansur penting untuk mempastikan matlamat organisasi itu tercapai. Akhlak dan etika yang baik setentunya dapat menghasilkan budaya kerja cemerlang dan pengurusan yang berkualiti di mana ianya merupakan satu keperluan yang harus ada dalam perkhidmatan awam.

Kerana ini, sebagai warga perkhidmatan awam, tidak kira semada ketua atau orang bawahan mestilah sama-sama memikul tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh kerajaan dengan telus dan tulus.

Disamping menitik beratkan tentang etika kerja, warga perkhidmatan awam juga mestilah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh menjatuhkan imej perkhidmatan awam seperti pilih kasih, rasuah dan sebagainya. Ini selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menginginkan warga perkhidmatan awam bersih dari gejala yang tidak sihat ini, sepertimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut tahun baru 2010:

"Jika negara memenuhi etika perkhidmatan yang telus tanpa pilih kasih dan rasuah, maka insyaallah apa jua yang dirancang dan diusahakan akan berjalan dengan lancar dan berkat. Itulah integriti yang perlu ada pada perkhidmatan awam. Tanpa integriti ini, sesebuah negara boleh runtuh, atau paling tidak akan kehilangan daya membangunnya".

Dari titah tersebut dapat difahami betapa kewibawaan dikalangan lapisan pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam untuk mengurus, mentadbir dan melaksanakan perkhidmatan yang ikhlas, cekap, berkesan, jujur dan tulus. Selain itu sebagai warga perkhidmatan awam, kita juga dituntut untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara jujur, adil dan saksama, bertanggungjawab, penuh dedikasi dan efisyen yang bebas sama sekali dari gejala-gejala yang merosakkan integriti perkhidmatan awam seperti pecah amanah, penyalahgunaan kuasa, mementingkan diri sendiri dan terutama sekali gejala rasuah. Menurut statistik dari jabatan perkhidmatan awam bahawa pegawai-pegawai kerajaan yang telah dikenakan tindakan tata tertib yang melibatkan kes-kes rasuah dari tahum 2007 hingga tahun 2009 adalah seramai 23 orang.

Perbuatan sedemikian hendaklah dilakukan oleh mana-mana warga perkhidmatan awam kerana perbuatan sedemikian sudah pasti menjejaskan imej kerajaan di mana pihak awam dan orang ramai, dan seterusnya orang rama juga akan mempersoalkan kredibiliti kerajaan. Selain itu perbuatan rasuah juga adalah perbuatan yang dilaknat oleh Allah Subhanahu Wata?ala yang wajib kita jauhi.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Sebagai warga perkhidmatan awam, kita hendaklah memiliki sifat jujur dan amanah. Contohilah sikap Umar bin Abdul Aziz di mana pada suatu ketika, beliau sedang berada di pejabat untuk kerja urusan kerajaan. Keadaan diruangan pejabat sangat gelap sehingga terpaksa memasang lampu pelita. Seseorang datang dan masuk kepejabatnya setelah diizinkan. Tiba-tiba Umar memadamkan api pelita itu, maka beliau bercakap dengan tetamunya dalam keadaan gelap, membuat orang lain kehairanan. "Mengapa Amir Mukminin? melayani tetamu dalam keadaan gelap?"? tanya salah seorang pegawainya. Beliau menjawab "Yang datang tadi itu adalah keluarga ku. Dia datang kepadaku kerana ada urusan peribadi, sedangkan lampu pelita adalah milik negara. Oleh sebab itu, ketika aku berbicara masalah peribadi, aku padamkan lampu tersebut kerana aku tidak mahu menggunakan harta negara".

Lihatlah betapa amanahnya Umar bin Abdul Aziz dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Beliau tidak menggunakan kedudukannya untuk kepentingan sendiri atau kaum keluarga dan sahabat malah apa yang beliau ada disedekahkan kepada baitulmal.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Dalam usaha kerajaan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara zikir sebagaimana hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, warga perkhidmatan awam adalah nadi jentera penggerak yang mendokong hasrat tersebut dengan mengamalkan dan menghayati ciri-ciri zikir sewaktu melaksanakan tugas, antaranya ialah:

Pertama: Memiliki sifat takwa yang merangkumi di dalamnya sifat iklas. Seorang warga perkhidmatan awam wajib membersihkan niatnya iaitu ikhlas terhadap Allah Subhanahu Wata'ala dalam segala amal pekerjaan yang dilakukan, samada berupa perintah, larangan, nasihat, perhatian atau hukuman adalah semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala. Sepertimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah An-Naam ayat 162 tafsirnya:

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, pencipta dan pentadbir sekalian alam".

Kedua: Berakhlak mulia lagi terpuji seperti berbudi bahasa, bekerjasama, pemedulian dan bermuafakat. Sifat ini amat mustahak dan perlu ada di dalam diri warga perkhidmatan awam, lebih-lebih lagi mereka yang berurusan dengan orang ramai seperti perkhidmatan kaunter, operator dan sebagainya.

Ketiga: Cekap dalam menjalankan tugas. Sikap seumpama ini boleh meningkatkan hasil kerja dan produktiviti.

Keempat: Komitmen terhadap kerja. Ini termasuklah disiplin, tekun dan didikasi dan menghargai masa.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Sebagaimana kita maklum pada setiap dua puluh sembilan September adalah hari perkhidmatan awam. Pada tahun ini, hari perkhidmatan awam akan diraikan pada sebelas Oktober dengan tema "Bersatu Padu Kearah Mencapai Wawasan Brunei 2035". Bercakap mengenai misi atau wawasan, setiap negara di dunia ini mempunyai misi atau matlamat tersendiri khususnya dalam usaha membangunkan negara masing-masing, tidak terkecuali negara kita, di mana pada masa ini negara sedang giat melaksanakan wawasan negara yang dikenali sebagai wawasan Brunei 2035, yang berhasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam menjelang 2035, dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya diukur melalui peyawaian tertinggi antara bangsa iaitu kualiti kehidupan yang tinggi dikalangan sepuluh negara teratas dunia dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan di antara sepuluh negara teratas dari segi pendidikan per kapita.

Oleh itu, sudah sewajarnya kita sebagai rakyat dan penduduk di negara ini mendokong hasrat negara ini demi untuk kesejahteraan kita semua, bukan sahaja untuk hari ini, malahan juga untuk masa-masa akan datang, iaitu dengan mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja.

Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa semoga warga perkhidmatan awam akan terus mendapat petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala khususnya dalam mentadbir negara ini dan semua rakyat mendapat berkat dan keredhaan dari Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin Ya Rabbal Alamin.

Surah Al-Fatihah ayat 6-7 tafsirnya:

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang sesat".

GURU GEMILANG PELAJAR CEMERLANG

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam? melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan orang-orang yang mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata'ala di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak terlepas? dari sokongan, dokongan, sumbangan dan pengorbanan berbagai pihak samada daripada ibubapa, ahli keluarga, kaum kerabat, rakan-rakan, guru-guru dan sebagainya. Sumbangan dan pengorbanan tersebut bukan mudah untuk dibalas.

Kita akui bahawa guru memainkan peranan penting dalam membimbing dan mendidik kita kearah kesempurnaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu sudah sewajarnya tarikh 23 September pada setiap tahun di negara ini, kita meraikan para guru dengan majlis hari guru bagi menghargai dan mengenang jasa mereka yang mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Sememangnya guru adalah insan mulia yang diibaratkan khazanah alam yang memiliki ilmu pengetahuan dan bertanggungjawab untuk mendidik, mentarbiah dan menyampaikan ilmu tersebut kepada masyarakat. Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam dalam sebuah hadith maksudnya:

"Dari Anas bin Malik ia berkata: Telah bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasalam: Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan samada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan". (Riwayat Al-Imam Ahmad)

Muslimin yang dirahmati Allah,
Hari guru pada tahun ini disambut dengan tema "Guru Gemilang Pelajar Cemerlang". Guru dan pelajar merupakan dua ansur yang berkaitan dan saling mendokong antara satu sama lain untuk mencapai kegemilangan dan kecemerlangan pendidikan. Bagi melahirkan pelajar cemerlang, sudah setentunya kita memerlukan guru yang gemilang dalam mendidik, mengajar dan membimbing anak bangsa demi mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesempurnaan insan sebagai aset negara.

Siapakan dia guru gemilang? Guru gemilang ialah guru yang mempunyai kecemerlangan akademik dan berkeperibadian mulia. Dari segi akedemik, guru gemilang adalah seorang guru yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi, berkepakaran dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, mempunyai wawasan yang luas. Guru gemilang juga hendaklah bersifat sabar, berlapang dada, tidak mudah berputus asa, ikhlas, berkhemah tinggi, berwibawa dan memiliki pegangan akidah yang kukuh.

Manakala siapa dia yang dimaksudkan pelajar cemerlang? Mereka adalah pelajar yang dapar mencapai kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, dan juga memiliki akhlak yang terpuji seperti mentaati dan menghormati guru, menjaga maruah guru serta menjaga kesopanan dan tata susila sebagai seorang pelajar.

Kearah merialasasikan hari guru ini, skim perkhidmatan guru yang telah diperkenankan oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bukan sahaja akan dapat memertabatkan profesion perguruan di negara ini malah juga akan dapat melahirkan guru pakar dan pemimpin sekolah yang berwibawa dan berkualiti tinggi. Oleh itu bagi mencapai hasrat tersebut, di samping program-program jangka panjang di dalam dan di luar negara, program-program perkembangan profesional yang berjangka pendek juga perlu diungkayahkan secara berterusan seperti program kepimpinan sekolah dan program perkembangan guru-guru dalam pelbagai mata pelajaran.

Sesungguhnya sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam juga adalah seorang guru, dan dalam masa yang sama Baginda Sallahu Alaihi Wasalam juga sentiasa menerima wahyu yang berupa didikan dan pengajaran dari Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh itu sebagai seorang guru atau pendidik hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan mas dan zaman. Budaya menuntut ilmu seharusnya dihayati bukan sahaja oleh setiap guru malahan juga oleh setiap individu dan lapisan masyarakat. Jadikanlah budaya ini sebagai budaya menuntut ilmu sepanjang hayat.

Kita berharap tema hari guru pada tahun ini, insyaAllah akan dapat memberi dorongan dan motivasi kepada guru-guru untuk mencapai tahap guru gemilang dalam pendidikan. Kecemerlangan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar merupakan satu perkembangan yang saling melengkapi untuk satu sama lain.

Muslimin yang berbahagia,
Perlu diingat, tanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak bukan sahaja terletak kepada guru-guru, tetapi ibubapa dan masyarakat juga hendaklah seiring dan bersama-sama menjadikan keluarga, masyarakat dan persekitaran sebagai sekolah. Ibubapa perlu mewujudkan suasana pembelajaran di rumah dan persekitaran dengan memberi perhatian yang serius terhadap kehidupan seharian anak-anak. Ibubapa juga hendaklah peka terhadap perkara-perkara yang boleh merosakkan nilai dan jati diri anak-anak seperti gejala merokok, suka membuang masa, melepak, sukakan hiburan yang melampau, penyalah gunaan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Kita semua sedia maklum bahawa akhlak mulia merupakan teras kepada pembentukkan syakhsiah yang berjaya.

Ingatlah pesan Saidina Ali Karamaallah Wajha yang maksudnya: Bukan kecantikan itu menhiasi diri dan pakaian, sesungguhnya kecantikan itu menghiasi diri dengan ilmu dan adab. Bukanlah yatim itu seseorang yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Menjalin hubungan baik antara ibubapa dengan pihak sekolah juga amat penting agar usaha mengasuh dan mendidik anak-anak dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara cara untuk menjalin hubungan tersebut ialah melalui persatuan ibubapa dan guru-guru. Persatuan tersebut memainkan peranan penting demi membina kecemerlangan anak-anak. Dengan persatuan itu juga ibubapa dan masyarakat dapat menjalin hubungan yang erat dan berterusan denagan pihak sekolah agar setiap permasalahan yang ditimbulkan oleh anak-anak dapat diselesaikan secara baik dan berhemah, apa yang mendukacitakan, apabila pihak sekolah menjemput para ibubapa untuk bermesyuarat atau mengadakan perjumpaan bagi membincangkan kebajikan dan pembelajaran anak-anak mereka, ramai dikalangan ibubapa yang mengambil ringan perkara tersebut dan tidak mahu hadir.

Para ibubapa sepatutnya bersungguh-sungguh dan sedia berkorban wang ringgit dan tenaga bagi mencapai kecemerlangan anak-anak. Ini bertepatan dengan apa yang ditegaskan oleh Imam Syafiee bahawa ilmu pengetahuan tidak akan dapat dicapai kecuali dengan enam perkara iaitu kecerdikan, kesungguhan, kemajuan, perbelanjaan yang cukup, selalu mendampingi guru dan masa yang lama.

Ibubapa dan guru adalah orang yang amat berpengaruh dalam memberi pendidikan dan membentuk nilai murni dikalangan pelajar. Peranan ibubapa dan guru jika dilakukan dengan ikhlas bukan sahaja dapat melahirkan generasi yang bermanfaat dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara, malah ia juga merupakan perlaburan yang menguntungkan dan berterusan kepada ibubapa dan guru, sebagaimana hadith Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam maksudnya:

"Dari Abi Hurairah Radiallahu Anha, sesungguhnya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam telah bersabda: Apabila telah mati seseorang itu, akan terputuslah segala amalannnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu memberi manfaat dengannya dan anak yang salih yang mendoakannya". (Riwayat Al-Imam Muslim)

Muslimin yang dirahmati Allah,
Memandangkan kedudukan guru itu sangat mulia, maka sewajarnya mereka dirahmati dan dikenang jasanya sepanjang hayat. Oleh itu, marilah sama-sama kita berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar mereka yang telah mendidik kita baik dari kalangan ibubapa mahupun guru-guru mendapat rahmat dan pertolongan Allah Subhanahu Wata?ala sepanjang masa. Manakala bagi mereka yang telah kembali kerahmatullah sama-samalah kita mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan semoga mereka dimasukkan ke dalam syurga. Amin Ya Rabbal Alamin.

Surah Al-Baqarah ayat 269 tafsirnya:

"Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakinya dan sesiapa yang diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebajikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran orang-orang yang mempunyai akal yang dapat memikir dan memahaminya".

Isnin, 11 Oktober 2010

bas belia mabims

minggu lalu, program bas belia mabims telah dilancarkan dan telah bertolak ke sarawak dan pontianak.

masih sibuk meletak bunga manggar



membaca doa safar sebelum naik bas

para peserta menaiki bas

antara van yang ikut menghantar ke sungai tujuh


petang ini mereka dijadualkan tiba di kuala belait seterusnya besok bergerak ke tutong dan bandar seri begawan.

Jumaat, 8 Oktober 2010

majlis hari raya lagi

selang sehari selepas majlis hari raya di jabatan, pegawai-pegawai, kakitangan, mudim-mudim dan pehin-pehin khatib di jame' asr hassanil bolkiah menjemput pula ke sana untuk majlis hari raya dan majlis doa selamat untuk pegawai pengiring jemaah haji. sebelum ke jame' asr, kami ke masjid omar ali saifuddin dahulu bagi mengalu-alukan lawatan menteri thailand ke masjid itu.

ini pula suasana di jame' asr

terdapat lebih 3 jenis nasi briyani terhidang di atas meja yang sangat panjang

tetapi dalam banyak-banyak nasi briyani, nasi briyani kambing talam hj daimon yang paling menjadi tumpuan

Rabu, 6 Oktober 2010

majlis hari raya

jabatan kami mengadakan majlis sambutan hari raya pada hari khamis lepas.

meja masih ada yang kosong, masih menanti kedatangan makanan

pegawai dan kakitangan sedang sibuk menyusun makanan

kita tinjau pula perkembangan di luar.

atooo ya! kali ani tia pemangku penolong pengarah kena marah oleh orang bawahan, "lambat jua mengibar atu, ahir sudah bah ni."


majlis dimulakan dengan tahlil dan doa selamat.


sebelum menikmati jamuan, acara bersalaman dan bergambar sejabatan.

masa yang ditunggu-tunggu, masa untuk mengisi perut. sedang memilih yang mana berkenan di hati.

ummusya mulakan dengan makan kambing bbq, ayam bbq, satay dan kuih-kuih

selepas itu, saya nak makan ambuyat lah pulak.

mereka sedang mengaut ambuyat.

ini dia juara makan ambuyat, besar woo...


antara hidangan yang ada pada hari itu




baanyaaak.... rambang mata tak tahu nak ambil yang mana. kalau ikut liur kan dingap semua, tapi perut tak sanggup. kain pun makin ketat sudah. punyalah banyak hidangan, sampai malam pun belum tentu habis. penuh meja mesyuarat oval yang panjang itu. bahagian kami bawa nasi briyani ayam. ummusya bawa jua kek coklat super moist.