ummusya

Sabtu, 16 April 2011

LEMANG SEGERA


Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut [basuh dan rendamkan sekejap]
2.5 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Daun pisang [bersihkan dan lapkan]
tali rafia/aluminium foil

Cara penyediaan:
Panaskan kukusan. Masukkan beras pulut, santan dan garam dalam loyang. Kukuskan sehingga santan dan pulut masak anggaran selama 30 minit.

Ambil separuh pulut dan letakkan atas duan pisang. Bungkuskan pulut dalam daun pisang sehingga padat dan ikat kedua hujung daun saperti buat pulut panggang. atau kalau tdk mahu ikat, bungkus dgn aluminium foil.

Masukkan ketulan pulut yg dibungkus ke dalam periuk dan rebuskan selama 30 minit atau dikukus. Keluarkan bungkusan pulut dan toskan.

Jika suka boleh panggang sikit supaya ada kerak di keliling pulut. Potong bila sudah sejuk dan hidangkan dengan rendang atau sambal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan